Apa agaknya menarik tentang Lapangan Terbang Incheon yang anda perlu tahu?

Disebut-sebut antara lapangan terbang terbaik di dunia,  Incheon tak pernah putus-putus menerima kunjungan penumpang transit dari seluruh dunia seperti diakui oleh Skytrax. Tapi yang menjadikannya lebih pegun dan menakjubkan ialah betapa bersihnya keadaan persekitarannya sehingga dinobatkan sebagai lapangan terbang terbersih di dunia oleh beberapa pemerhati dan ‘pundits’ , tak jauh bandingnya dengan lapangan terbang di negara Jepun yang turut sama menerima penghargaan berkenaan. Sudah semestinya yang menjadikan lapangan terbang ini terbersih disebabkan sikap berdisiplin yang ditanam sejak kecil, sesuatu yang harus dipupuk oleh rakyat Malaysia untuk kekal maju.

Jika anda sedang merancang ke Korea Selatan atau menggunakan lapangan terbang Incheon sebagai transit, berikut adalah beberapa lokasi menarik yang anda boleh kunjungi sepanjang berada di sana. Tak mati kutu dek akal memikirkannya apalah yang harus dibuat untuk mengisi masa lapang terbuang menunggu di sana. Ini menjadikan Incheon mungkin unik berbanding lapangan terbang lain di seluruh dunia.

 

1. The Oseong Mountain Observatory Deck

Terletak 51.5m di atas paras laut, balai cerap ini menghadiahkan anda  panorama cantik lapangan terbang yang dikelilingi dengan daratan ratusan pesawat.

2. Korean Cultural Street

Pernah kah anda membayangkan diri memakai hanbok sambil mencuba beberapa alatan muzik klasik Korea? Di sini lah terpampangnya satu laluan pejalan kecil yang diperbuat daripada jajaran atap rumah tradisional, yang dipanggil sebagai giwajip dan jeongja.

3. Museum of Korea Culture

Agak mustahil untuk melihat sebuah muzium dibina di dalam lapangan terbang, tapi anda dapat menyaksikannya salah satunya di Incheon.  Dengan kerjasama Muzium Negara Korea, muzium ini memaparkan beberapa artifak yang sudah berusia hampir 5 ribu tahun.

Namun, untuk membayangkan keadaan Incheon tidak lah semudah dengan gambar saja. Jangan dilupa drama korea yang sedang ditayangkan sekarang juga menceritakan kisah bagaimana operasi lapangan terbang Incheon berlaku dengan didalangi oleh orang-orang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan juga hal ehwal pengguna. Drama itu tak lain tak bukan ialah SBS Where The Stars Land atau dikenali sebagai Fox Bride Star.

Selain memperihalkan tentang operasi penerbangan, SBS Where The Stars Land  turut mempertontonkan gelagat para pekerja yang bertugas di lapangan terbang tersebut untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal . Secara tidak langsung, penonton dapat mengetahui cabaran serta memahami mereka yang bertugas dikawasan berkenaan. Keadaan Incheon betul-betul seperti digambarkan.

Lee Je Hoon, pemenang Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards ini, membawakan watak sebagai seorang pekerja di unit perancangan dan operasi lapangan terbang bernama Lee See Yeon. Lee See Yeon mendapat skor TOEIC tertinggi dan merupakan graduan KAIST paling cemerlang untuk jurusan penerbangan. Atas sebab ini, Lee See Yeon pernah mengimpikan untuk menjadi juruterbang, namun akhirnya terpaksa mengabaikannya setelah mendapati penglihatan matanya tidak tajam dan jauh sekali untuk menepati syarat-syarat khas menjadi juruterbang.Lee See Yeon juga memiliki kelebihan yang tiada pada orang lain disebabkan kemalangan berlaku pada masa silam. Lengannya menjadi gagah dan mampu menjatuhkan beban yang berat dalam sekelip mata. Akibatnya, ia mencetuskan prasangka dasyat dalam kalangan rakan sekerjanya sehingga membuatkan Lee See Yeon terpaksa berwaspada tiap-tiap kali mahu melakukan kerjanya.

Menariknya, apabila gandingannya bersama Cha Soo Bin yang membawa watak Han Yeo Rum, seorang yang kalut dan kerap melakukan kesalahan-kesalahan kecil telah membuatkan sesiapa saja boleh membebel tetapi Lee See Yeon hanya tersenyum melihat gelagat wanita tersebut. Han Yeo Rum seringkali ditegur dan dimarahi oleh senior-seniornya kerana mereka bekerja berlandaskan SOP yang telah ditetapkan, tapi lama-kelamaan dia dihargai atas hasil kerja kerasnya.

Lee See Yeon pula kian menaruh hati terhadap Han Yeo Rum dan menganggap Han Yeo Reum sebagai sinar hidupnya.  Mungkinkah mereka saling mencintai satu sama lain?

SBS “Fox Bride Star” atau “Where Stars Land” ini bersiaran di ONE HD dalam tempoh 24jam selepas ditayangkan di Korea. Stay tune to ONE HD Ch 393 setiap Selasa dan Rabu jam 8.10 malam.