Berikutan Piala Dunia 2018, drama dan variety show tidak akan ditayang minggu ini

Piala Dunia 2018 di Rusia masih lagi berlangsung sehingga 15 Julai depan. Kini perlawanan diteruskan untuk menentukan juara setiap kumpulan. Oleh yang demikian,  banyak program tidak akan disiarkan berikutan liputan perlawanan.

Berikut adalah perubahan untuk minggu ini:

Selasa, 26 Jun

MBC dan KBS akan menyiarkan perlawanan Denmark vs Perancis. Jadi, “Partners for Justice” dan “Are You Human, Too”  tidak akan disiarkan.

Rabu, 27 Jun

MBC “Come and Hug Me” dan “Radio Star” serta  SBS “The Undateables” SBS tidak akan disiarkan kerana beri laluan untuk liputan perlawanan Korea menentang Jerman.

Khamis, 28 Jun

MBC “Come and Hug Me” akan disiarkan 30 minit lebih awal iaitu pada pukul 9:30 malam KST berikutan perlawanan perlawanan Jepun vs Poland. Bagaimanapun “It’s Dangerous Beyond the Blankets” dan “Happy Together” tidak akan disiarkan.

Ahad, 1 Julai

Episod 55 dan 56 “Rich Son” tidak akan disiarkan kerana MBC membuat liputan bagi perlawanan Sepanyol vs Rusia.

nota: perubahan program drama dan variety show ini mungkin tidak tertakluk sepenuhnya untuk siaran ASTRO.

Untuk drama dan program yang disiarkan menerusi ONE HD Ch 393, ini adalah perubahan siarannya

Wok of Love / Greasy Melo

Disebabkan perubahan jadual program di Korea yang disebabkan oleh Piala Dunia 2018, episod Wok of Love yang pada asalnya dijadualkan pada hari Selasa, 19 Jun dan 20 Jun pada pukul 8.10PM tidak akan disiarkan. Ulangan episode sebelumnya akan ditayangkan. Episod baru Wok of Love akan  disambung semula pada Isnin, 26 Jun pukul 8.10PM, dalam tempoh 24 jam dari Korea.

Baek Jong Won’s Alley Restaurants

Oleh kerana perubahan jadual program di Korea yang juga disebabkan oleh Piala Dunia 2018, episod Restoran Alley Baek Jong Won yang pada asalnya dijadualkan pada Rabu 27 Jun jam  11PM tidak akan disiarkan;  ulangan episod sebelumnya akan disiarkan sebaliknya. Episod baru akan disambung semula pada Rabu, 4 Jul pada 11PM, dalam tempoh 1 minggu dari Korea.

Handsome Guy and Jung Eum / The Undateables

Drama Handsome Guy and Jung Eum ini juga turut terkesan dek Piala Dunia 2018. Episod terbaru Handsome Guy and Jung Eum yang pada asalnya dijadualkan pada hari Rabu, 28 Jun pada 8.10PM tidak akan disiarkan; ONE HD akan menyiarkan ulangan episod sebelumnya. Episod baru akan disambung semula pada Jumaat, 29 Jun pukul 8.10PM, dalam tempoh 24 jam dari Korea.

loading...