Konsert Above Ordinary Malaysia beri peluang peminat tempatan nikmati muzik sebenar K-Hip Hop

Jika korang peminat muzik Hip Hop Korea, ini peluang terbaik korang.

Konsert K-Hip Hop – Above Ordinary Malaysia anjuran Alive Asia ini adalah konsert yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat. Konsert ini akan menghimpunkan empat orang penyanyi yang juga penulis lagu Hip Hop yang paling hangat iaitu DEAN, JAY PARK, SIMON DOMINIC dan RAD MUSEUM. Bintang K-Hip Hop ini akan tampil membuat persembahan di Surf Beach, Sunway Lagoon, Kuala Lumpur pada 3 November 2018.

Bintang-bintang K-Hip Hop untuk ‘Above Ordinary Malaysia’

Above Ordinary Malaysia
Tarikh: Saturday, November 3, 2018
Masa: 8pm
Lokasi: Surf Beach, Sunway Lagoon, Kuala Lumpur

Dean adalah salah seorang front runners dalam senario muzik Korea. Beliau adalah artis Asia yang pertama untuk tampil di Spotify House. Pada bulan Mac 2016, EP pertamanya “130 mood: TRBL” diterima dengan baik dan telah berjaya menduduki carta yang berlainan di Amerika Syarikat.

Jay Park telah mengeluarkan EP terbarunya “Ask Bout Me” yang menampilkan 7 lagu baru-baru ini. Beliau telah memenangi anugerah “Artist of the Year” di anugerah Hip-Hop Korea selama dua tahun berturut-turut (2018 dan 2017). Selain itu, beliau juga memenangi anugerah “Musician of the Year” pada tahun 2017 di Anugerah Muzik Korea yang menjadi tanda aras statusnya dalam industri Hip-Hop Korea.

Simon Dominic pula telah bekerjasama dengan lebih daripada 20 artis dari segi penghasilan album atau lagu featuring sejak beliau mula aktif dalam industri muzik. “Me No Jay Park” adalah single terbarunya.

Rad Museum atau lebih dikenali sebagai Camper baru saja debut dengan EPnya “Scene” tahun ini. Sebagai pendatang baru, Rad Museum adalah seorang yang menyukai karya seni dan pameran yang hanya boleh didapati di muzium, penuh dengan kejutan.

‘Above Ordinary Malaysia’ juga turut menampilkan artis tempatan sebagai tetamu jemputan seperti  Altimet, Sonaone dan Tabitha A yang membuat persembahan pembukaan di konsert tersebut. Pastinya ia akan menjadi sebuah persembahan yang menarik.

Tiket ‘Above Ordinary Malaysia’

Tiket-tiket dijual bermula dari harga RM128 sehingga RM598.

  • RM598 (ROCK ZONE Standing Free)
  • RM458 (BLOCK A & B Numbered Seat)
  • RM248 (BLOCK C & D Numbered Seat)
  • RM128 (BLUE ZONE Standing Free

Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian mulai 8 Oktober 2018  lalu menerusi laman web rasmi tiket konsert di www.tickethub.com.my. Bagaimanapun, harga tiket tikat termasuk kos pemprosesan sebanyak RM4 untuk setiap pembelian.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Above Ordinary Malaysia’, korang boleh dapatkannya di Facebook Alive Asia Entertainment @AliveAsiaEntertainment atau laman web rasmi www.aliveasiaentertainment.com. Korang juga boleh ikuti Alive Asia dimedia sosial mereka yang lain.

Instagram: https://www.instagram.com/aliveasiaent/
Twitter: https://twitter.com/AsiaAliveEnt

loading...