Program hebat di ONE HD sepanjang Oktober ini

ONE HD menyajikan rancangan yang menarik kepada para penonton sepanjang Oktober ini. Tidak hanya tertumpu pada drama-drama Korea, ONE HD juga menampilkan beberapa rancangan sukaramai (variety shows). Sepanjang Oktober ini, istimewa kepada para penonton, ONE HD siarkan dua drama Korea terbaru dan sebuah Variety Show.

ONE HD – ASTRO Channel 393

PRIMETIME DRAMA

 

Where Stars Land

Mulai 2 Oktober 2018

Selasa – Rabu, 8.10pm

Berpusat di sekitar Lapangan Terbang Incheon yang sibuk di Seoul dan jabatan perkhidmatan pelanggannya, dua orang pekerja baru – seorang perfeksionis yang kerap mengalami kegagalan (Chae Soo Bin), dan seorang lagi  pernah mengimpikan untuk menjadi juruterbang, namun akhirnya terpaksa mengabaikannya setelah mendapati penglihatan matanya tidak tajam dan jauh sekali untuk menepati syarat-syarat khas menjadi juruterbang.(Lee Je Hoon)

  • Cast :  Chae Soo Bin, Lee Je Hoon, Lee Dong Gun, Kim Ji Su
  • Subtitles : English
 

 

Miss Ma, Goddess of Revenge

Siaran perdana pada 20 Oktober 2018

Setiap Sabtu, 8.40pm

Drama ini berdasarkan Novel thriller-crime karya Agatha Christie. Selepas dibebaskan dari penjara, seorang wanita berusaha untuk menyelesaikan beberapa kes yang akan membongkar misteri di sebalik kematian anak perempuannya. Miss Ma, Goddess of Revenge menampilkan kemunculan semula pelakon Hollywood Kim Yun Jin (yang pernah membintangi “Lost and Mistresses”) ke arena drama Korea selepas 19 tahun.

  • Cast : Kim Yun Jin, Jung Woong In, Ko Sung Hee, Choi Kwang Je
  • Subtitles : English, Simplified Chinese & Bahasa Malaysia subtitles

VARIETY SHOWS

 

Law of the Jungle in Last Indian Ocean

Setiap Selasa, 11.00pm

 “Law of the Jungle” ialah sebuah rancangan dokumentari realiti dari Korea Selatan yang disiarkan di SBS. Setiap episod menampilkan selebriti yang dihantar untuk bertahan(survive) di lokasi terpencil di seluruh dunia. Setiap peserta akan mengalami sendiri kehidupan di alam semula jadi dan mereka akan ditugaskan untuk memburu, menyediakan makanan, dan membuat tempat tinggal. Kali ini pengambaran dilakukan di Last Indian Ocean.

  • Cast: Kim Byung Man, Kangnam, Minhyuk (BTOB), Jeong Sewoon, Kim Doyeon (Weki Meki), Lucas (NCT), Yeonwoo (MOMOLAND), Jun (UNB), Lee Yoo Bi, Jo Jae Yoon, Don Spike
  • Subtitles : English, Simplified Chinese & Bahasa Malaysia subtitles
 Jangan lupa untuk terus stay tuned dengan Astro ONEHD Ch 393 untuk hiburan Korea tanpa henti.
loading...