Kehangatan Korea Drama Awards tidak sehebat majlis yang dikendalikan sebelum ini setelah dikritik kerana hanya memberikan kemenangan pada mereka yang mengesahkan kehadiran mereka di dalam majlis berkenaan. Namun begitu, beberapa nama besar telah dinobatkan sebagai pemenang dan semestinya ‘Daesang’ pada tahun ini menjadi milik pelakon veteran Yoon Doon Geun hasil lakonannya yang penuh mantap di dalam KBS Marry Me Now. Tahniah diucapkan pada beliau.
Untuk kategori Best Actor dan Best Actress masing-masing dimenangi oleh Kam Woo Sung (“SBS Shall We Kiss First?”) dam Wang Bit Na (“KBS Mysterious Personal Shopper”) . Manakala untuk kategori ‘Male Excellence Actor/Actress” atau boleh dipanggil sebagai “Best Supporting Actor/Actress”) pula masing-masing dimenangi oleh Chansung 2PM (“tvN What’s Wrong With Secretary Kim”) dan Cha Jung Ahn (“KBS Suits”).
Cha Eun Woo (“jtbc My ID Gangnam Beauty”) daripada kumpulan Astro memenangi Best New Actor sekaligus menyambung legasi pelakon idol yang dianugerahkan pada Yook Sung Jae daripada kumpulan BTOB sebelum ini. Seo Eun Soo (“KBS My Golden Life”) membuat kejutan apabila menewaskan pesaing teragung, Kim Tae Ri (“tvN Mr. Sunshine”) untuk meraih Best New Actress. Pada pendapat penulis, lakonan Kim Tae Ri di dalam drama tvN Mr. Sunshine tiada took bandingnya dan lebih layak untuk diberikan penghargaan berkenaan.
Akhir sekali, kedua-dua anugerah “Best Drama” dan “Best Screenplay” dianugerahkan pada “KBS Marry Me Now” menimbulkan keraguan kerana senarai calon-calon kategori berkenaan seperti ditentukan kuota untuk setiap stesen penyiar. Nama-nama drama hebat seperti pemenang Best Drama Paeksang Art Awards bulan 5 lepas , tvN Mother, serta tvN Prison Playbook , tvN Mr. Sunshine, tvN Live, jtbc Misty, jtbc Something In The Rain dan juga jtbc Life dipinggirkan untuk memberikan laluan kepada kuota tersebut. Hanya tvN My Mister tersenarai untuk bersaing dengan beberapa drama oleh agensi penyiar yang lain. Apapun, tahniah pada yang menang!
Sumber: newsen