Lagak Kang Daniel bersenyum sinis di media sosial undang teriakan netizen

Kang Daniel tidak putus-putus menghidangkan sesuatu buat peminat-peminatnya, Danity yang sentiasa mendahagakan kelibatnya walaupun sibuk dengan kerjaya seninya sebagai penyanyi.

Statusnya sebagai idola yang amat digilai ramai di Korea dan mungkin juga di Malaysia tidak boleh dipertikaikan lagi. Sebaik saja Kang Daniel memuatnaik gambarnya berswafoto sambil bersenyum sinis di instagram miliknya, ia telah mengundang teriakan netizen. Difahamkan, gambar tersebut merupakan gambar potret wajah pertama dimuatnaiknya menerusi akaun instagram yang baru. Selain itu, beliau juga dilihat kerap menghadiahkan beberapa gambarnya ketika merantau di Amerika Syarikat.

Kang Daniel sedang dalam proses untuk menyiapkan album mini pertamanya, ‘CYAN’ dan kegiatannya kini dapat ditonton menerusi SBS Fil ‘Hello, Daniel’, memaparkan penggambarannya di Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Sumber: instagram Kang Daniel

loading...