[Lakorn] Skandal cinta pakar bedah dengan ‘superstar’ di dalam Love at The First Hate

Siri drama siam terbaru ini yang berjudul ‘Love at The First Hate’ akan menemukan Mook Worranit Thawornwong , ratu Lakorn dengan  pelakon kacak Siam, Son Songpaisarm berkisarkan tentang doktor pakar bedah yang terpaksa dikahwinkan pada seorang artis ‘superstar’ selepas terbabit dalam skandal yang tak dapat dielakkan.
Dr. Pup ialah seorang doktor yang segak, bijak dan petah berkata-kata manakala Kluay pula merupakan seorang artis yang seksi dan popular dalam kalangan peminatnya. Kali pertama bertaut, mereka saling membenci antara satu sama lain. Disebabkan Dr. Pup seorang yang boleh dikatakan bertanggungjawab, apabila mereka terjebak dalam skandal, Dr. Pup menawarkan kepada Kluay untuk berkahwin bagi menyelamatkan reputasi kerjaya mereka bersama. Dapatkah mereka mencintai satu sama lain setelah masing-masing tak boleh menerima hakikat perkahwinan yang dibuat-buat ini?
Mook Worranit Thawornwong dikenali sebagai ratu Lakorn yang terkenal dengan drama My Dear Loser Series dan Ugly Duckling sebelum ini. Bagi peminat Lakorn sememangnya tak dapat lari daripada menyaksikan drama lakonan aktress Siam ini yang sudah semestinya menghiburkan.  Anda boleh menikmati ‘Love at The First Hate’  menerusi laman stream dimsum bermula pada hari Jumaat esok, setiap jam 11.00 pm malam. Pengguna kali pertama akan diberikan ‘stream’ percuma selama sebulan dengan hanya mendaftarkan diri menerusi facebook .
loading...