Setelah bertukar pengarah, adakah drama “Four Men” akan bersinar kembali?

Nampak gayanya drama “Four Men” kini mendapat suntikan baru untuk meneruskan perjalanan yang masih tergendala.

Pada Julai lepas, pengarah asal drama ini Jang Tae Yoo dan syarikat produksi Victory Contents telah mengeluarkan kenyataan berkaitan isu gaji tidak dibayar dan beberapa isu lain. Pelakon Kim Chang Wan juga telah menarik diri dari membintangi drama ini. Penggambaran drama ini telah terhenti sejak Mei lepas.

Pada 8 Ogos, sumber dari Victory Contents mendedahkan, “Pengarah Kim Jae Hong akan menyertai serta mengarahkan drama “Four Sons” dan penggambaran akan disambung kembali dalam bulan ini.”

Kesemua pelakon kini sedang giat menyusun semula jadual mereka untuk kembali ke set penggambaran tanpa Kim Chang Wan.

“Four Men” yang dibintangi oleh  Park Hae Jin, Nana, and Kwak Si Yang pada asalnya akan ditayangkan pada November depan.

Sumber (Naver)

loading...