“Serupa dengan Kim Soo Hyun? Tak delah ” – Jung Hae In

Jung Hae In, pendatang baru dalam industri hiburan korea jauh sekali namanya disebut para peminat kdrama sebelum ini. Namun, popularitinya terus melonjak naik apabila membintangi drama SBS While You Are Sleeping bersama dengan Lee Jong Suk dan Suzy. Dia memegang watak sebagai polis berpangkat leftenan bernama Han Woo Tak yang memendam perasaan terhadap Nam Hoo Joo (Suzy), juga memiliki kelebihan meramalkan masa depan melalui mimpi dialaminya. Jung Hae In berjaya tampilkan imej lelaki yang seksi sehingga menggetarkan hati penonton kdrama. Tidak hanya terkenal di Korea saja, malah Malaysia juga mengangkat dia sebagai TOP 10 Star bagi edisi October bulan lepas.

Ditanya dalam temuduga dengan is plus baru-baru ini, Jung Hae In mengucapkan terima kasih pada peminat yang membandingkannya dengan pelakon terkenal, Kim Soo Hyun. Dia beranggapan dia mungkin tak sama dengan kredibiliti lakonan yang dipamerkan aktor tersebut kerana masih baru lagi dalam industri. Ia agak menakutkan baginya.

“Saya tak sangka nasib saya sangat baik semenjak melakonkan Woo Tak dalam SBS While You Are Sleeping. Saya tak pernah berehat sejak debut empat tahun lepas.”

Ditanya lagi tentang perubahan dia lakukan sejak debut, sambil ketawa dia berkata ” Semakin banyak yang kamu tahu, semakin sukar untuk lakonkannya, semakin gugup untuk hadapi cabaran itu. Pada masa inilah, saya akan perbetulkan diri walaupun agak merumitkan. Akhirnya, saya tak tahu apa nak buat selepas itu”.

Jung Hae In turut mengucapkan terima kasih kepada penulis skrip Park Hye Run (calon 2 kali Best Screenplay CARI Kdrama Awards) dan juga pengarah Oh Choong Wan. Sambil memuji Lee Jong Suk atas sifat mesra dimiliki pelakon itu, dia mengatakan perjumpaannya dengan aktor tersebut sesuatu yang diingatinya.

“Suzy seorang sangat cantik dan juga baik hati. Cinta tak terbalas tak semudah itu, tapi saya tetap selesa untuk lakukan dihadapannya, ” tokoknya lagi.

Jung Hae In akan menemui peminat kdrama sekali lagi menerusi drama tvN Prison Playbook yang ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis mulai semalam. Jom saksikan drama ini buat peminat yang tak serik melihat Jung Hae In berlakon.

Sumber dan kredit gambar: isplus1, isplus2

loading...