Ju Ji Hoon sah menjadi pendakwaraya berkuasa psikik di dalam MBC Item bersama Jin Se Yeon

Tahun 2018 merupakan tahun paling sibuk buat pelakon yang terkenal dengan drama MBC Princess Hours (Goong) ini apabila beberapa kali ditawarkan berbagai projek termasuklah akan membintangi drama Netflix Kingdom yang akan ditayangkan tak lama lagi selepas menolak untuk membintangi drama Prometheus pada awal bulan 1 lepas. Nama beliau mula melonjak setelah filem Along with The Gods berjaya meraih kutipan box office tertinggi tahun 2017. Malah,  sekuelnya yang dijangka memasuki pawagam Malaysia pada 30 Ogos ini amat dinanti-nantikan.

Ju Ji Hoon sedang meneliti tawaran drama dengan berhati-hati, dan kali ini namanya pula disenarai pendek untuk drama MBC ‘Item’ hasil nukilan penulis skrip OCN Save Me, Jung Yi Do berdasarkan novel web yang menggunakan judul sama.  Jika Ju Ji Hoon menerimanya, beliau akan memegang watak pendakwaraya bernama Kang Gang yang akan menyelesaikan pelbagai kes misteri dan fantasi.

Kang Gang mempunyai kelebihan berkuasa psikik seperti diceritakan di dalam novel tersebut selepas terbabit dalam konspirasi berkuasa ghaib ‘item’  untuk menyelamatkan anak saudaranya, Da In. Selain memiliki sifat yang dingin dalam membuat keputusan tetapi seorang baik hati, Kang Gang selalu menggunakan ‘Item’ untuk melindungi mangsa teraniaya. Ju Ji Hoon pernah melakonkan drama sebegini lebih sepuluh tahun yang lalu menerusi KBS Yawang (The Lucifer) di mana heroinnya lakonan Shin Min Ah memiliki  kuasa berkenaan.

Penulis skrip ini berupaya menjadikan drama OCN Save Me sesuatu naskah yang penuh dengan unsur-unsur psikologi dan kemisterian. Jadi ianya tak mustahil jika MBC Item juga turut dalam keadaan kelam dan suram bagi menggambarkan suasana misteri tersebut.

Kemaskini -Kedua-dua Ju Ji Hoon dan Jin Se Yeon telah disahkan akan membintangi drama MBC Item dan akan mendapat cetusan pengarah baru, Kim Sun Wook. Jin Se Yeon dikhabarkan akan membawa watak detektif ‘profiler’ bernama Shin So Young yang sentiasa sempoi dalam menjalankan tugas mencabar bersama Kang Gang.

Sumber: xsportnews , OSEN1 , OSEN2

loading...