Drama adaptasi Masquerade tampilkan Yeo Jin Goo sebagai King Gwanghee?

Industri drama korea semakin berani mengadaptasi karya-karya yang terlebih dahulu menjengah layar perak, termasuklah filem Beauty Inside dan terbaru sekali, filem Masquerade yang pernah menampilkan bintang tersohor, Lee Byung Hyun. Filem Masquerade merupakan antara filem terbaik lakonan Lee Byung Hyun yang meraih kemenangan bersejarah apabila hampir menyapu bersih hampir kesemua anugerah ditawarkan di Grandbell Film Awards pada tahun 2012 selain mengutip jualan tiket sebanyak 12 juta. Masquerade juga merekodkan sejarah sebagai filem paling ketiga terlaku di Korea Selatan sewaktu ia ditayangkan pada tahun 2012.

Yeo Jin Goo telah ditawarkan watak utama sebagai “King Gwanghee” , seorang yang dikenali atas kekejamannya dan tak menghiraukan masalah rakyat. Atas sebab ini, baginda  seringkali menjadi sasaran pembunuhan hendap dan terancang dilakukan oleh musuh-musuh politiknya, akhirnya membuatkannya serik dan bertindak mencari seseorang yang boleh menggantikan dirinya sementara memegang takhta tersebut. Orang yang dipilih untuk menyamar dirinya didapati berjaya memerintah lebih baik daripada “King Gwanghee” sebenar sehingga membawa keraguan pada tampuk konflik politik istana dan hubungannya dengan pemaisuri istana.

Versi drama dijangka akan memfokuskan kepada ketegasan penyamar “King Gwanghee” melakukan perubahan ke atas tampuk pemerintahan istana dengan menghapuskan hierarki yang memisahkan pemerintah dengan rakyat kelas bawahan di bawah kod dinamakan sebagai “Perlembagaan Kangsang”.  Mampukah Yeo Jin Goo menampilkan lakonan bersahaja tapi berkarisma yang ditonjolkan oleh Lee Byung Hyun sehingga menyebabkan beliau meraih Best Actor Grandbell Film Awards?

Sementara itu, Yeo Jin Goo sedang menimbangkan tawaran berkenaan walaupun beliau telah disahkan membintangi drama korea adaptasi Jepun, Absolute Boyfriend bersama Minah dan Hong Jong Hyun.  Ini juga kali kedua Yeo Jin Goo menggayakan watak seorang raja berpengaruh selepas SBS The Royal Gambler.

“Gwanghee: Man Who Becomes The King” ni dijangka akan ditayangkan menerusi cenel tvN di bawah arahan Kim Hee Won, pengarah MBC yang popular dengan sutradara seperti MBC Money Flower, MBC Golden Pouch dan MBC Warm and Cozy.

Sumber: OSEN, Is Plus

loading...