Sesi Suai Kenal bersama Mook & Lee Thanat : Rebut cabutan bertuah jumaat ini di Sunway Pyramid, KL!

Wah, sejak akhir-akhir ini ramai pula artis-artis dari kejiranan kita nun di utara, Thailand, datang ke Malaysia bagi mempromosikan drama dan filem mereka. Pada Julai yang lalu, barisan pelakon-pelakon utama filem Brother of the Year (Sunny Suwanmethanont, Urussaya ‘Yaya’ Sperbund dan Nichkhun Horvejkul) bersama pengarah filem berkenaan (Vithaya Thongyuyong) dengan kerjasama GSC Cinema telah datang ke Malaysia dalam siri jelajah Asia bagi mempromosi filem tersebut. Kali ini buat julung-julung kalinya pihak Dimsum Malaysia, platform tontonan atas talian, bakal menjemput barisan pelakon utama (Thanat ‘Lee’ Lowkhunsombat dan Worranit ‘Mook’ Thawornwongs) dari drama rantaian siri kedua daripada trilogy My Dear Loser; My Dear Loser: Monster Romance.

https://www.facebook.com/dimsum.my/videos/728952874149974/

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/dimsum.my/videos/728952874149974/” bottom=”30″]

My Dear Loser: Monster Romance mengisahkan tentang Pong (Thanat ‘Lee’ Lowkhunsombat), ketua kumpulan sebuah gang yang selalu terlibat dalam pergaduhan. Suatu hari, Pong terlibat di dalam kemalangan dan bertemu dengan Namking (Worranit ‘Mook’ Thawornwongs). Dari pertemuan pertama, Pong semakin jatuh cinta pada Namking dan berusaha untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. Walaubagaimanpun, berlaku tragedy yang melibatkan dua keluarga tersebut. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta seorang yang digelar Monster manakala seorang lagi digelar Angel?

Bagi para peminat drama U Prince Series, semestinya wajah Lee Thanat (25 tahun) dan Mook Thawornwongs (22 tahun) adalah tidak asing lagi. Mereka berdua pernah membintangi drama bersiri popular itu walaupun tidak digandingkan sebagai watak utama dalam siri yang sama. Lee Thanat adalah watak utama di dalam U Prince Series: The Badly Politics manakala Mook Thawornwongs pula merupakan watak utama di dalam U Prince Series: The Ambitious Boss. Walaubagaimanapun, ‘chemistry’ mereka berdua tidak dapat disangkal apabila diberi peluang untuk bergandingan buat kali pertama di dalam sebuah drama.

Bagi tidak menghampakan para peminat drama Thailand, pihak Dimsum Malaysia telah mengaturkan bukan sahaja satu malah dua sesi Bertemu Peminat My Dear Loser: Monster Romance Malaysia Tour. Pelbagai aktiviti menarik boleh dirasai semasa sesi tersebut tetapi semestinya peluang untuk berswafoto bersama kedua pelakon yang semakin meningkat naik ini bakal menjadi satu tarikan utama buat para peminat yang bertuah.

>> Jadual sesi Bertemu Peminat <<

Tarikh: 10 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa: 8pm
Lokasi: LG2, Sunway Pyramid

Tarikh: 11 Ogos 2018 (Sabtu)
Masa: 2:30pm
Lokasi: Hall 5, KL Convention Centre

Bagi pengguna Dimsum, anda boleh sertai Pertandingan Cabutan Bertuah (‘Lucky Draw’) yang berlangsung pada hari Jumaat ini semasa sesi suai kenal bersama Mook dan Lee Thanat.

🙌 Are you a new or existing dimsum subscriber? Yes! You are entitled for a lucky draw to get up-close and play games or wefies 🤳with Lee Thanat and Mook on stage! Check out how you can join the lucky draw here:

1. This lucky draw is only open to all active dimsum subscribers.
2. Participants are required to register for the lucky draw at dimsum booth on the event day 10 August 2018 (Friday) from 10am to 7pm at Sunway Pyramid.
3. All new and existing dimsum subscribers are required to present the “My Account” page on dimsum app for verification purpose.
4. Each registered account is only entitled for one (1) lucky draw chance.
5. Participants are required to be present during the lucky draw winners’ announcement at 7:30pm.
6. The Organiser reserves to modify or substitute any of these terms and conditions as it deems fit without prior notice.

📅Date: 10 August 2018 (Fri)
🕗Time: 8pm
📍At: LG2, Sunway Pyramid

Jadi, marilah bersama-sama memeriahkan kedua sesi bertemu peminat tersebut yang dibawakan khas oleh Dimsum Malaysia buat para peminat lakorn di Malaysia. Semestinya acara yang dianjurkan ini adalah percuma buat seluruh rakyat Malaysia. Anda boleh layari drama My Dear Loser menerusi pelantar DimSum.

https://www.instagram.com/p/BmDXmAlFkw9/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=15b0diflg4m1p

loading...