MXM seronok & terharu dengan sambutan peminat Malaysia

MXM bertemu peminat Di Kuala Lumpur – Match up Fan-meeting

Pada 1 May 2018 MXM duo yang semakin meningkat naik di Korea Selatan dan semakin dikenali di serata Asia telah hadir untuk bertemu peminatnya Di Malaysia. Lim Youngmin dan Kim Donghyun sangat teruja bertemu peminat mereka Di ‘Match Up Fan Meeting yang telah diadakan di HGH Conversation Kuala Lumpur.

Baca juga : Ikuti temubual eksklusif bersama MXM sempena Match Up FanMeeting Di Kuala Lumpur

https://www.instagram.com/p/BiO2KwcHJk-/

Ig : https://www.instagram.com/p/BiO2KwcHJk-/

Dengan kehadiran lebih 1,000 peminat yang hadir untuk menyaksikan dua idola mereka ini memang tidak akan kecewa apabila dapat menyaksikan aksi comel MXM ini, peminat telah dapat menonton secara langsung lagu hit dari MXM antaranya I just Do dan Diamond Girl. Dengan persembahan yang bertenaga dari MXM ini peminat dapat berinteraksi dengan Youngmin dan Donghyun apabila mereka bermain beberapa game bersama peminat. MXM sangat terkejut apabila mengetahui yang peminatnya mengetahui banyak perkara peribadi mereka semasa melakukan segment O/X. Dan mereka sangat terharu dengan penerimaan peminat Malaysia terhadap mereka.

Kali ini peminat telah mengajar  Youngmin dan Donghyun untuk bercakap melayu antara perkataan yang mereka telah pelajari iaitu ‘Saya sayang awak’ dan ‘Lekk lu’.

https://www.instagram.com/p/BiO8c_PHP-M/

Ig : https://www.instagram.com/p/BiO8c_PHP-M/

Untuk Youngmin saya berikan markah penuh kerana dapat menyebut dua ayat ini dengan petah dan comel sekali.  Dewan HGH menjadi riuh sekali apabila mereka telah diminta untuk memakai samping sambil menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’ pada masa yang sama melakukan choreography lagu diamond girl.

Di akhir perjumpaan antara MXM dan peminat mereka di Malaysia kali ini, MXM telah dikejutkan dengan rakaman video yang dibuat oleh peminat mereka dengan ucapan ‘Terima Kasih kerana Datang’. MXM kelihatan sangat tersentuh dengan video tersebut dan telah mengambil gambar mereka berlatarbelakang peminat.

 Laporan disediakan oleh :

Mallisa Saila & Mallisa Nadia

loading...