BTS cipta sejarah dengan gelaran ‘The Undisputed Quadruple Crowns of Album of The Year’

Dengan kemenangan BTS semalam di dalam Golden Disk Awards ke-33 semalam, telah melengkapkan penguasaan kumpulan idol itu ke atas kemenangan ‘Album of The Year’ buat empat kali berturut-turut di hampir kesemua anugerah muzik korea dianjurkan sejak Oktober tahun lepas. Setakat ini, BTS telah memenanginya di 1st MBC Plus X Genie Music Awards , 10th Melon Music Awards , 20th Mnet Asian Music Awards (MAMA) , dan 33th Golden Disk Awards sekaligus layak digelar sebagai ‘The Undisputed Quadruple Crowns of Album of The Year’.

Rekod lama dipegang oleh album Exodus daripada EXO pada tahun 2015 dengan 3 kali kemenangan. (Kemenangan di Gaon Music Awards tidak dikira kerana anugerah itu terbahagi kepada empat bahagian bagi setiap tahun).

‘Love Yourself’ menghasilkan beberapa singles seperti ‘Fake Love’, ‘Idol’ dan juga telah dipilih oleh para pengkritik Billboard sebagai 20 Album Terbaik pada tahun 2018. Walaubagaimanapun, kemenangan BTS ini akan lebih manis lagi sekiranya BTS juga menyapu anugerah ‘Album of The Year’ di 16th Korean Music Awards yang akan berlangsung pada Mac 2019 nanti. Korean Music Awards dianggap anugerah muzik paling berprestij di Korea kerana penilaiannya yang dikatakan setaraf dengan Grammy Awards.

Tahniah diucapkan pada BTS.

Sumber: joins

loading...