54th Baeksang Arts Awards – Secret Forest & Mother masing-masing menang Daesang dan Drama Terbaik

54th Baeksang Art Awards telah berlangsung di COEX D Hall di Gangnam, Seoul pada 3 Mei 2018. Majlis anugerah itu merupakan satu acara berprestij yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang kepada para pemain industri dalam filem dan drama Korea. Pada tahun ini, pelawak Shin Dong Yup, pelakon Park Bo Gum, dan idol/ pelakon Suzy menjadi tuan rumah acara itu.

Kami akan fokuskan kemenangan dari sudut drama tv. Tahun sebelum ini, drama tvN – Goblin (2017) dan KBS – Descendants Of The Sun (2016) karya penulis hebat Kim Eun Sook telah dinobatkan sebagai pemenang Daesang. Kali ini Drama tvN – Secret Forest/Stranger telah dinobatkan sebagai pemenang Daesang atau Grand Prize. Drama ini berkisarkan tentang penyiasatan kes pembunuhan daripada perspektif seorang pendakwaraya tak berperasaan.

Drama tvN – Secret Forest/Stranger ini telah merekodkan tiga kemenangan keseluruhannya. Selain Anugerah Daesang, drama ini turut memenangi kategori Best Actor menerusi Jo Seung Woo dan penulis skripnya, Lee Soo Yeon mendapat penghargaan sebagai Best Screenwriter.  Sementara itu, Kim Nam Joo telah menewaskan empat lagi pesaingnya yang sama-sama hebat untuk memenangi kategori Best Actress menerusi drama Misty.

Baca juga : Siapakah bakal menjulang trofi “Best Actress” Paeksang Art Awards ke-54 pada malam ini?

Drama bersiri  yang mewakili Asia untuk dicalonkan di 1st Cannes International Series Festival April lepas, tvN – Mother telah memenangi Anugerah Best Drama. Episod-episod terakhir drama tvN ini telah meninggalkan kesan kesedihan berpanjangan buat penonton kdrama. Begitu besar pengorbanan seorang yang dianggap sebagai ibu buat kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang daripadanya. Jadi, tidak hairanlah untuk beberapa episode terakhir, drama ini mendapat jumlah tontonan yang tertinggi. Drama ini telah mengalahkan drama JTBC – Misty, KBS – Fight My Way dan KBS – My Golden Age.

Anugerah Best Director diterima oleh PD Kim Yoon-chul dari sebuah drama kabel yang mencatat rating tertinggi 2017 iaitu JTBC – Woman of Dignity.

Best Supporting Actor dan Best Supporting Actress dimenangi oleh Park Ho San (Playbook Prison) dan Ye Ji Won (Should We Kiss First).

Yang Se-jong dari drama Temperature of Love memenangi anugerah Best New Actor dan pelakon kanak-kanak Heo Yool (Mother) meraih anugerah Best New Actress. 

Untuk kategori berdasarkan populariti, Jung Hae In dari drama Prison Playbook dan Suzy menerusi drama While You Were Sleeping dipilih sebagai Most Popular Actor dan Most Popular Actress.

Berikut adalah senarai penuh pemenang 54th Baeksang Art Awards.

Kategori Filem:

Grand Prize: “1987”
Best Film: “The Fortress”
Best Director: Kim Yong Hwa (“Along with the Gods: the Two Worlds”)
Best Actor: Kim Yoon Suk (“1987”)
Best Actress: Na Moon Hee (“I Can Speak”)
Best Supporting Actor: Park Hee Soon (“1987”)
Best Supporting Actress: Lee Soo Kyung (“Heart Blackened”)
Best New Actor: Ku Gyo Hwan (“Jane”)
Best New Actress: Choi Hee Seo (“Anarchist from Colony”)
Best New Director: Kang Yoon Sung (“The Outlaws”)
Best Script: Kim Kyung Chan (“1987”)
Art Award: Jin Jong Hyun (“Along with the Gods: the Two Worlds”)

Kategori TV:

Grand Prize: “Secret Forest / Stranger”
Best Drama: “Mother”
Best Variety Show: “Hyori’s Homestay”
Best Cultural Program: “Dance Sports Girls”
Best Director: Kim Yoon Chul (“Woman of Dignity”)
Best Actor: Cho Seung Woo (“Secret Forest/Stranger”)
Best Actress: Kim Nam Joo (“Misty”)
Best Supporting Actor: Park Ho San (“Prison Playbook”)
Best Supporting Actress: Ye Ji Won (“Should We Kiss First“)
Best New Actor: Yang Se Jong (“Degree of Love / Temperature of Love“)
Best New Actress: Heo Yool (“Mother”)
Best Male Variety Star: Seo Jang Hoon (“Ask Us Anything,” “Same Bed Different Dreams 2”)
Best Female Variety Star: Song Eun Yi (“Omniscient Interference Time”)
Best Screenwriter: Lee Soo Yeon (“Stranger”)
Art Award: Choi Sung Woo (“Pilgrimage”)
Star Century Popularity Award: Jung Hae In, Suzy
Bazaar Icon Award: After School’s Nana

loading...