(Gempar) Lee Dong Wook dan Suzy pula dilaporkan berpacaran

Nampaknya bulan March menyaksikan bulan cinta buat selebriti Korea!

Menurut laporan 9 Mac yang dilaporkan secara eksklusif oleh berita TV, Lee Dong Wook dan Suzy kini berpacaran. Munurut laporan tersebut, kelihatan Suzy dan Lee Dong Wook sedang bertemujanji di Cheongdam-dong. Kedua-duanya dilaporkan  sangat berhati-hati terhadap persekitaran mereka tetapi gagal menyembunyikan perasaan kasih sayang masing-masing.

Walaupun mereka pada asalnya hanya rakan sekerja,perhubungan keduanya semakin bercambah ke arah perhubungan yang romantik baru-baru ini. Perkara ini diperolehi mengikut satu sumber. Suzy juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa  Lee Dong Wook adalah lelaki ideal pilihannya semasa beliau menjadi jemputan bagi rancangan Strong Heart SBS pada 2002 yang lalu.

Pelbagai sumber dari industri itu turut berkongsi bahawa Lee Dong Wook  menyenangi perwatakan Suzy yang sangat down-to-earth. Kedua-dua agensi Lee Dong Wook dan Suzy (King Kong oleh Starship dan JYP Entertainment) – telah menyatakan bahawa mereka kini sedang mempastikan kesahihan perkara ini dengan artis masing-masing.

UPDATE : Kedua-dua agensi artis berkenaan menyatakan bahawa keduanya dalam proses saling mengenali hati budi masing-masing. Keduanya saling menunjukkan reaksi positif setelah berjumpa dalam sebuah majlis.

Stay tune for more updates!

sumber : Naver | Naver| Naver | Naver

loading...