Kang Dong Won pernah dipulau kerana muka kacak sangat

Oh, ada juga kena pulau dek kawan-kawan kerana memiliki wajah yang tampan. Namun, Kang Dong Won hanya menganggapnya sebagai gurau senda.

Dalam temuduganya bersama pihak media Taiwan sempena promosi filem Golden Slumber, Kang Dong Won ditanya pernahkah dia sesekali meragui teman-teman rapatnya.

“Ya. Suatu masa dulu, saya rasa pernah dipulau. Setiap malam, mereka tak pernah ajak saya keluar. Rupanya mereka pergi ‘dating’.  Saya rasa bagai dicucuk-cucuk pada masa itu.”

Mungkin juga kawan-kawan Kang Dong Won  menyangkakan dia akan membawa “suwei” dalam perhubungan mereka. Ditakuti gadis yang dimiliki oleh mereka berubah hati melihat kekacakan Kang Dong Won.

Kang Dong Won semakin aktif membintangi filem sejak selesai menjalani khidmat tentera pada tahun 2012. Filem ‘Golden Slumber’ mengisahkan tentang seorang posmen bernama Gun Woo yang dituduh melakukan pembunuhan terancang terhadap presiden Korea Selatan.  Gun Woo berhempas-pulas membuktikan bahawa dirinya tak bersalah dan hanya dipermainkan oleh politikus yang berkuasa.

Bagi penggemar kdrama, Kang Dong Won masih meneliti beberapa tawaran lakonan semenjak 2017 lagi dan kemunculannya sangat dinanti-nantikan peminat. Drama terakhirnya ialah SBS Magic yang disiarkan pada 14 tahun yang lalu.

Sumber: dispatch

 

loading...