[Temuduga] Manisnya gandingan Esther & Toy dalam ‘You Are My Destiny’ versi Thai

Bersemperna ulang tahun Dimsum yang pertama, pihak Dimsum telah mengadakan ‘Media Group Interview’ bersama Esther & Toy pada 3 December 2017 di Sunway Pyramid. Esther dan Toy adalah pelakon yang sedang meningkat naik di Thailand masa ini. Esther kembali ke Malaysia kali ini untuk mempromosikan drama terbarunya yang sedang ditayang di Dimsum iaitu ‘You are my Destiny’ dan buat ‘Song Joong Ki’ versi Thailand iaitu Toy pula buat pertama kali dating ke Malaysia untuk mempromosikan drama baru yang akan ditayang di Dimsum iaitu ‘Aow: Love song love series 3’.

‘You are Destiny’ mengesahkan mengenai Phawut seorang pewaris tunggal perniagaan keluarganya yang merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya tetapi sewaktu hari dia mahu melamar teman wanitanya berlaku satu ‘incident’ dimana Phawat telah diberikan sejenis dadah dan membuatkan dia berkhayal. Pada malam itulah dia bertemu dengan Wanida (Esther) yang juga berada ditempat kejadian dan Phawut menyangkakan Wanida adalah teman wanitanya dan tanpa disangka-sangka telah meniduri Wanida. Pada masa itu Wanida pula menyangkakan lelaki yang ditidurinya adalah teman lelakinya. Hasil dari ‘One Night Stand’ itu Wanida disahkan mengandung. Selepas mengetahui mengenai perkara itu, nenek Phawut memutuskan supaya mereka berkahwin. Dengan terpaksa Phawut bersetuju untuk mengahwini Wanida tetapi didalam senyap-senyap Phawut membuat perjanjian dengan Wanida bahawa mereka akan bercerai sebaik saja Wanida melahirkan anak mereka. Pastinya berlaku perkara-perkara yang amat manis apabila Phawut mula jatuh cinta dengan Wanida. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini di Dimsum secara eksklusif!

1. Ceritakan serba sedikit mengenai drama ini.

Esther: ‘You are My Destiny’ sebelum ini sudah mempunyai dua versi, tetapi untuk versi Thailand kami memberikan kelainan apabila lebih menekankan konsep romantik dan lebih komedi.

Toy: ‘Aow’ adalah drama romantic comedy, jadi banyak peristiwa yang sangat menarik dan lucu.

2. Apakah kelainan watak yang dibawa kali ini? Adakah sama sahaja seperti drama-drama yang pernah dibawa sebelum ini?

Esther: Character untuk drama ini sebagai Wanida agak menarik, kerana pada pemulaanya Wanida ini seorang yang sangat serius dan tidak cerdik. Tetapi secara perlahan-lahan personality Wanita semakin menarik. Inilah perbandingan yang dia sukakan, kerana dia sendiri dapat merasakan perkembangan watak itu sendiri.
Toy: Didalam Drama siri Aow saya membawa watak seorang yang suka memberontak dan mengada-gada.

3. Semasa membuat pengembaraan anda mempunyai kesukaran untuk menyelesaikan sesuatu scene?

Esther: Ada, Scene yang saya rasa agak susah untuk dirakamkan adalah semasa mereka membuat pengembaraan diatas kapal. Semasa itu jadual sangat ketat kerana perlu siapkan semua rakaman didalam waktu yang ditetapkan dan pada masa yang sama saya mempunyai mabuk laut.

Toy: Drama Aow ini adalah drama comedy, jaddi saya perlu membawa watak seorang yang sangat ‘over acting’ jadi sangat sukar bagi saya kerana saya tidak pandai untuk melebih-lebih.

4. Kenapa anda memilih untuk berlakon didalam drama ini?

Esther: Kerana ‘You are My Destiny’ ini belum pernah diadaptasi di Thailand jadi ini adalah peluang saya untuk berlakon dan dikenali di Thailand.

Toy: Kerana ini adalah drama comedy, jadi saya memang menyukai drama seperti ini saya rasa penonton juga menyukainya.

5. Boleh kongsikan perkara-perkara yang menarik semasa melakonkan drama ini?

Esther: Ini adalah drama romantic tetapi saya tidak dapat melakonkanya dengan lebih berperasaan contoh, semasa melakonkan watak romantic bersama Phawut saya merasa kekok kerana terlalu ramai kru yang melihat mereka melakonkan scene tersebut.

Toy: Saya cuba untuk berlakon lebih ‘nature’ jadi saya tidak akan memandang kearah kemera tetapi apa yang berlaku jadi lebih kelakar kerana selalu pengarah akan mengatakan ‘cut’ dengan tidak puas hati.

6. Watak apakah yang teringin dilakonkan selepas ini?

Esther: Saya sangat mahu berlakon didalam drama yang lebih mencabar seperti ‘action’ dan mungkin drama seram.

Toy: Komedi tetapi didalam sudut yang berlainan. Ada juga terasa mahu berlakon didalam drama ‘action’ tetapi sekiranya memberi pilihan saya akan memilih komedi.

7. Esther kali kedua ke Malaysia dan untuk Toy adalah kali pertama. Jadi apa perasaan apabila dijemput untuk datang ke Malaysia dan mengetahui drama anda mendapat sambutan di Malaysia?

Esther: Saya sangat teruja apabila mengetahui drama ini mendapat sambutan di Malaysia.
Toy: Ini adalah kali pertama saya di Malaysia, saya tidak terlalu serius. Tetapi ini peluang saya untuk penonton di Malaysia mengenal saya, saya sudah cukup gembira.

8. Esther, sudahkah anda menonton ‘Fate to Love you’? drama asal ‘You are My Destiny’? Mungkin ada perkara yang anda masukkan semasa berlakon untuk drama ini?

Esther: Ya saya sudah menonton drama versi korea. Tetapi saya tidak mengikut 100% watak yang seperti drama original, kerana untuk versi thai ini sudah agak berlainan dari drama asal. Di dalam versi Thailand kami lebih focus dari segi comedy

9. Apa projeck anda untuk seterusnya?

Esther: Selepas drama ‘You are My destiny” saya mempunyai satu lagi drama terbaru iaitu “ You are my Loser’ tetapi masih tidak mempunyai tarikh untuk ditayangkan. Nantikan drama terbaru saya itu.
Toy: Saya masih menanti drama Aow untuk ditayang. Jadi saya sangat berdebar untuk melihat reaksi penonton mengenai drama tersebut. Saya harap drama ini diterima di Malaysia.

Drama “You Are My Destiny” versi Thai ini dapat ditonton menerusi portal dimsum berikut : https://www.dimsum.my/series/series-470 . Untuk langganan pertama sehingga 31 Dec 2017 ini, anda diberikan akses percuma kepada semua drama dengan hanya membayar RM5 sebulan. Rebut peluang ini!

Artikel oleh: melynad

Gambar oleh: melynad

loading...