BTS makin gah dengan 11 juta pengikut dan duduki Top 10 Billboard Artis 2017

Akaun Twitter Cecah 11 Juta Pengikut

Pada 13 Disember yang lalu, akaun Twitter kumpulan ini telah melepasi 11 juta pengikut. Ianya sesuatu yang mengejutkan kerana mereka baru sahaja mencapai 10 juta pengikut pada 13 November yang lalu. Bermakna mereka berjaya memperolehi 1 juta pengikut dalam tempoh sebulan sahaja. So impressive!

Dengan perkembangan baik yang berterusan, BTS kekal sebagai akaun Twitter Korea yang paling aktif dan merupakan satu-satunya  akaun dengan lebih daripada 10 juta pengikut.

Top 10 Billboard Year End 2017 Artists

 

BTS telah berjaya menduduki tempat di No. 10 pada carta akhir tahun artis Billboard untuk tahun 2017. Carta ini berdasarkan prestasi mereka (artis)  di carta Billboard Hot 100, Billboard 200, dan Social 50 charts , dan juga Boxscore touring revenue.

Kumpulan BTS berjaya menempatkan diri mereka sebaris dengan nama-nama besar dikalangan Top 10 seperti  Ed Sheeran, Bruno Mars, Drake, Kendrick Lamar, The Weeknd, The Chainsmokers, Justin Bieber, Future, dan Shawn Mendes.

Tahniah sekali lagi buat BTS. 2017 yang sangat cemerlang untuk mereka.

Rujukan : Billboard Year End Artist 2017 Twitter BTS 

 

loading...