2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur

Annyeong Yeorobun

Anda peminat kumpulan Seventeen atau SVT dari Korea Selatan? Berita baik untuk anda. IME Asia dengan berbesar hati membawakan Seventeen ke Kuala Lumpur sempena 2017 Seventeen 1st World Tour “Diamond Edge” In Kuala Lumpur. Yeay or Nay ??

Kepada Carat pastinya anda tidak akan lepas peluang ini. Jadi, sila bookmark tarikh  dan tempat  di kalendar anda. Jangan lepaskan peluang ini pada 9 September 2017 bertempat di Stadium Merdeka

#DIAMOND_EDGE #SEVENTEENinMY

Bagaimanapun, informasi mengenai penjualan tiket dan lain-lain akan kami maklumkan dari masa ke semasa. Jadi, teruskan setia bersama kami.

Sedikit informasi mengenai kumpulan Seventeen

Pada awalnya kumpulan ini mempunyai 17 anggota yang kesemuanya berumur 17 tahun. Tetapi pada akhirnya kumpulan ini dianggotai hanya seramai 13 orang sahaja iaitu S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon dan Dino. Kumpulan ini bagaimanapun dibahagikan kepada tiga unit berbeza mengikut kelebihan masing-masing.

  • Hip Hop Unit – S.coups, Wonwoo, Mingyu, Vernon
  • Vocal Unit – Woozi, Jeonghan, Joshua, DK, Seungkwan
  • Performance Unit – Hoshi, Jun, The8, Dino

Kumpulan yang bernaung di bawah Pledis Entertainment ini secara rasminya telah debut pada 26 May 2015 dengan lagu 17 “Carat” dan “Boys Be”. Mereka telah menghasilkan satu album penuh dan empat EP termasuk yang terbaru A|1. Untuk pengetahuan, ahli-ahli kumpulan ini terlibat secara langsung dalam penghasilan serta komposisi lagu dan koreografi mereka, yang membawa kepada nama samaran “self producing idol group” kumpulan idola. Fan club kumpulan ini dikenali sebagai Carat.

Kami tinggalkan anda dengan video klip terbaru dari kumpulan Seventeen berjudul Don’t  Wanna Cry.

 

loading...