Apa Yang Menarik Dengan Gangneung di Daerah Gangwon-do

Kembali lagi korang dengan edisi baru bulan ini. Kali ini kita akan ceritakan sedikit apa yang ada di Gangneung yang terletak di Gangwon-do.

Gyeongpo Cherry Blossom

Untuk informasi, Gangneung juga merupakan salah satu lokasi  bagi beberapa perjalanan acara Olimpik Musim Sejuk 2018 Pyeongchang.

Info berkaitan Gangneung

  • Gangneung (江陵 市) adalah sebuah bandar di Gangwon-do, di pantai timur Korea Selatan.
  • Gangneung adalah pusat ekonomi rantau Yeongdong di Wilayah Gangwon.
  • Mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong, seperti Jeongdongjin, yang sangat popular untuk menyaksikan matahari terbit dan juga Pantai Gyeongpo.
Jeongdongjin, yang sangat popular untuk menyaksikan matahari terbit

 

Pantai Gyeongpo
Pantai Gyeongpo

  • Bandar ini juga merupakan tuan rumah kepada Liga Kebangsaan kelab bola sepak Gangneung City FC dan pasukan bola sepak K League Gangwon FC.


 


Area : 1,040 km2

Population : 213,846

Annual Weather Averages : 13.1℃ (-11.8℃, 36.1℃)

Symbols of county : Tiger, Swan, Pine Tree, Garden Zinnia


Sila baca : Stadium Yang Terlibat Bagi PyeongChang 2018 Winter Olympic di sekitar Gangneung

o Gangneung Pusat Hoki (Korea: 강릉 아이스 하키 경기장)
o Gangneung Oval (Korea: 강릉 스피드 스케이팅 경기장)

o Arena Ais Gangneung (강릉 아이스 아레나)
o Gangneung Curling Center (강릉 실내 빙상 경기장)

o  Kwandong Hockey Center (가톨릭 관동대 학교 아이스 하키 II 경기장)


Tarikan Pelancongan Di Gangneung


Ojukheon

Ojukheon House  mendapat namanya daripada  pokok-pokok buluh hitam yang  mengelilingi sekitar tempat tersebut. Ia dibina pada zaman ke-11 Raja Joseon, King Jungjong (1506-1544), dan sehingga kini masih menjadi salah satu bangunan  yang diperbuat daripada kayu  tertua  di Korea. Ia juga telah ditetapkan sebagai Treasure No. 165 pada tahun 1963 dan telah dijaga oleh keturunan sepanjang generasi.

Di sini bermulalah  kehidupan  Shinsaimdang (1504-1551)  yang merupakan seorang yang aktif dalam seni, pelukis, penyair, penulis kaligrafi dan juga penulis.

Sin Saimdang merupakan wanita pertama yang dipaparkan pada wang kertas Korea Selatan, 50,000 won yang pertama dikeluarkan pada bulan Jun 2009. Dibelakangnya terdapat lukisan anggur. Anda boleh saksikan karya kreatif beliau berkaitan anggur itu dalam episode 13 drama Saimdang The Light Diary.

 

Tempat dimana anak Saimdang, Yi I atau dikenali sebagai Yulgok, Beliau merupakan seorang sarjana serta ahli politik pada zaman Joseon. Turut dikenali sebagai Confucius of Korea.

 

Potret Yi I juga tertera pada wang kertas 5,000 won

 

Muzium di mana barangan bersejarah hasil karya Shin Saimdang dan Yi I dipamerkan di sini

 

Monumen Shin Saimdang

 

Kisah hidup dan sejarah Shin Saimdang juga turut difilemkan sebanyak 30 episode bertajuk Saimdang The Light Diary serta pelakon utamanya Lee Young Ae telah dilantik menjadi Duta 2018 PyeongChang Winter Olympic. Pada yang ingin mengetahui sejarah hidup ShinSaimdang anda wajib tonton drama ini.

 

Lokasi 24, Yulgok-ro 3139beon-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

 


Seongyojang

Yeolhwadang dianggap struktur yang paling penting pada bangunan itu. Struktur ini diberi nama “Yeolhwadang” dalam usaha untuk menggalakkan kebahagiaan dan kegembiraan di kalangan saudara-mara yang tinggal di sana.

 

Seongyojang adalah bekas kediaman kelas atasan daripada keluarga bangsawan iaitu Naebeon Lee (1703-1781). Ia telah ditetapkan sebagai Bahan Cerita Rakyat  No. 5 pada tahun 1967. Maksud “Seon”, dari perkataan Seongyojang, adalah bot. Tasik Gyeongpo  di hadapan Seongyojang pada masa yang ia dibina, membolehkan ianya boleh diakses dengan bot. Dikatakan bahawa 10 generasi keturunan Naebeon Lee yang terus tinggal di Seongyojang.

struktur lain yang penting di sini adalah Hwallaejeong. Struktur ini dibina pada tahun 1816 dan terletak di pintu masuk utama. kolam yang dipenuhi dengan bunga teratai di hadapan bangunan ini membuatkan pengunjung  mungkin melihat pemandangan tersebut dalam lukisan tradisional Korea.

KBS (Sistem Penyiaran Korea) telah memilih kediaman ini sebagai salah satu daripada  10 tempat yang paling dipelihara dan dijaga seperti  tempat tinggal asal di Korea yang telah dibina sejak 300 tahun yang lalu.

Lokasi 63, Unjeong-gil, Gangneung-si, Gangwon-do


Hassla Artworld

Merupakan sebuah taman budaya yang menghadap ke Laut Timur.  Diasaskan oleh pasangan suami isteri yang begitu kreatif dan inovatif dalam bidang seni iaitu, Park Shinjung dan Choi Okyung. Tempat ini juga disertai dengan Haslla Museum Hotel dan Haslla Wedding Hall. Dipenuhi  dengan karya-karya seni, Haslla Museum Hotel dihiasi dengan perincian yang teliti dan dekorasi yang elegan.

pemandangan di waktu malam
Hiasan dalaman hotel, unik dan elegan

 

the sea café,provides visitors with romantic views day and night. Whether you are looking at the sky, ocean, horizon, sunrise, sunset, or moon, you will see nature at its best

Lokasi 1441, Yulgong-ro, Gangdong-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do


Jeongdongjin Rail Bike

Jeongdongjin di Gangneung telah direkodkan dalam Guinness Book of World Records kerana keunikannya mempunyai “Rail Bike” yang terletak paling hampir dengan laut, di dunia. Ia juga  terkenal sebagai tempat terbaik untuk melihat matahari terbit dan mempunyai “Rail Bike” dari stesen Jeongdongjin untuk anda menikmati pemandangan laut yang indah serta udara yang menyegarkan disepanjang perjalanan anda.

nota :

Waktu Operasi 9: 00-17: 00 | Bayaran kemasukan 20,000 KRW untuk 2 tempat duduk / 30,000 KRW untuk 4 tempat duduk

Lokasi 13, Jeongdongyeok-gil, Gangneung-si, Gangwon-do


Anmok Coffee Street

Romantik Gangneung ialah bandar kopi. Mereka mempunyai beberapa kedai kopi di jalan  pelabuhan Anmok  dan  muzium pemanggangan kopi. Penggemar kopi Gangneung ini mempunyai kebanggaan dalam resipi kopi mereka sendiri dan mengadakan festival kopi setiap tahun.

Anda boleh menghirup kopi di jalan Anmok dengan pemandangan laut yang indah.

 

Pantai Anmok yang sering dikunjungi untuk sesi istirehat. Tempat ini popular dengan tarikan pelbagai kedai kopi disekitarnya yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan

 

Lokasi 16, Changhae-ro 14beon-gil, Gangneung-si, Gangwon-do


Jumunjin Breakwater


* Lokasi Pengambaran untuk drama “Guardian: The Lonely and Great God” a.k.a Goblin
Jumunjin Breakwater dibina untuk melindungi pantai daripada kesan hakisan. Ia menjadi tarikan popular selepas kemunculan pertamanya dalam drama televisyen popular “Goblin” (2016) lakonan GongYoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun, Yoo In Na dan Yook Sungjae.

Pengunjung tidak melepaskan untuk mengambil gambar dengan meniru aksi pelakon drama Goblin sebagai tanda kenangan. Scene ini menunjukkan kali pertama Eun Tak bertemu dengan Dokkaebi.

Lokasi 1609, Haean-ro, Gangneung-si, Gangwon-do


Jumunji Fish Market


Jumunjin Seafood Market telah dibina pada tahun 1936 dan terletak di Gangneung iaitu sebelah Jumunjin Port, ‘home to a large fleet of squid boats’. Ia adalah pasaran makanan laut terbesar di Pantai Timur dan termasuk pasaran makanan laut yang dikeringkan dan pusat sashimi.

Antara hasil laut  segar yang menjadi tarikan di sini adalah sotong, ikan kembung, ikan pollacks, ikan tombak dan ketam

Pasar ini menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan pera pelancong. Di pasar ini, pengunjung boleh membeli barang-barang mentah (dan beberapa produk makanan laut kering) pada harga murah, dan juga mendapatkan sashimi yang segar serta melazatkan. Di samping itu, pasar ini  menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara menyeronokkan seperti Festival Blowfish dan Squid Festival.

Lokasi 38, Sijang-gil, Gangneung-si, Gangwon-do


Peta Lokasi dan Cara Ke Gangneung

loading...