Goblin mungkin akan menyapu bersih Paeksang Art Awards malam ini

Kehangatan Goblin masih lagi terasa buat peminat-peminatnya. Ia bukan saja popular dalam mendapatkan rating tertinggi di tvN, tapi juga membantu menaikkan perkembangan sosio-budaya dan ekonomi Korea secara halyu.  Penangan Kim Eun Sook menerusi naskahnya kali ini  dijangka akan merebut sekurang-kurangnya satu anugerah menerusi aktornya, Gong Yoo atau penulisannya yang dicalonkan untuk kali ke-2 berturut-turut. Kim Eun Sook (Descendants of The Sun) tumpas pada Kim Eun Hee (Signal)  pada tahun lepas.

Yang menariknya mengenai Kim Eun Sook, walaupun naratifnya ‘cliche’ , Kim Eun Sook tak pernah mengubah falsafah penulisannya ke arah yang lebih ‘subtle’ kerana beliau yakin bahawa nukilannya mampu menarik perhatian penonton. Konsep penulisannya mudah hanya dibaurkan dengan sentimen kreativiti menjadikan dia satu-satunya penulis yang tetap sukses tanpa perlu mengubah pendirian dan falsafah.

Paeksang Art Awards turut menampilkan drama Romantic Doctors Teacher Kim, Moonlight Drawn By Clouds, Dear My Friend dan W sebagai pesaing utama Goblin bagi merebut anugerah kemuncak, iaitu Drama of The Year.

Pencalonan lain boleh dilihat di sini.

Paeksang Art Awards buat kali ke-53 ini akan disiarkan secara langsung menerusi jtbc. Anda boleh menonton anugerah berkenaan  di laman web ini.

 

 

loading...