Hongseok PENTAGON tinggalkan Cube Entertainment

Nampaknya, Hongseok turut meninggalkan Cube Entertainment.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Yeo One, Yan An, Yuto, Kino dan Wooseok Pentagon akan meninggalkan Cube Entertainment. Pada 6 November, media dimaklumkan bahawa Hongseok juga akan meninggalkan agensi itu.

Berikut adalah kenyataan rasmi Cube Entertainment:

Hello. Ini Cube Entertainment.

Pertama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Universe [kelab peminat PENTAGON] yang telah menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap PENTAGON.

Kami ingin menyampaikan kenyataan rasmi mengenai penamatan kontrak eksklusif antara Cube Entertainment dan ahli PENTAGON Hongseok.

Kami telah berbual secara mendalam dengan Hongseok mengenai aktivitinya di masa hadapan, dan hasilnya kami membuat keputusan untuk menamatkan kontrak kami.

Kami berterima kasih atas kerja keras Hong Seok, yang memulakan kerjaya sebagai ahli PENTAGON pada tahun 2016, dan terima kasih juga kerana tidak pernah lelah dalam menunjukkan semangat dan bakatnya sebagai artis Cube Entertainment. Kami menyokong dan bersorak untuk perjalanan Hong Seok yang lebih cemerlang ke hadapan.

Kami meminta sokongan dan galakan hangat anda untuk Hongseok PENTAGON, yang akan memulakan perjalanan baru selepas meninggalkan Cube Entertainment.

Terima kasih.

Dalam pada itu, Hongseok turut menulis di IG story miliknya,

2015~2023. Cube Entertainment, yang saya habiskan masa bersama selama kira-kira sembilan tahun. Terima kasih kepada [Cube Entertainment], kerana saya telah bertemu kumpulan bernama PENTAGON dan mendapat saudara baharu. Lebih daripada segala-galanya, ia adalah kesinambungan momen paling bahagia sejak bertemu UNIVERSE. Saya akan terus menarik perhatian semua orang di masa hadapan. Terima kasih .

Selamt maju jaya buat Hongseok di masa depan!

Sumber : 1

loading...