Running Man datang ke Malaysia 2017

Berita baik kepada semua peminat program reality korea popular ‘Running Man’ dimana mereka akan datang ke Malaysia sebagai destinasi terakhir untuk jelajah Asia kali ini.

Sebelum ini mereka telah mengadakan acara ini di Taipei, Taiwan, Macao, Singapura dan Thailand di mana negara pertama adalah di Taipei, Taiwan pada 10 February 2017.

Seperti yang dijanjikan Kim Jong Kook, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin akan hadir ke Malaysia. Walaupun tanpa kehadiran Yo Jae Suk, mereka menjanjikan persembahan yang menarik dan mereka teruja untuk datang ke sini kerana Malaysia adalah antara negara yang tertinggi menonton program Running man.

Jangan lupa untuk bersama-sama berjumpa dengan 5 ahli Running Man ini pada 22 April 2017 di The Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) dan Skrull sebagai artis jemputan pada kali ini.

Di bawah adalah harga tiket yang ditawarkan mengikut kedudukan zone:

loading...