Kali ini Chief Kim kenakan Seol Yul dengan baik punya

Chief Kim tidak henti-henti membuatkan sesiapa saja ketawa melihat gelagat ditunjukkannya. Ada saja perancangan yang digunakan untuk menjatuhkan pegawai tadbir kewangan di atasnya, Seol Yul. Chief Kim berniat untuk ‘membalas dendam’ tapi realitinya dia mahu menggugurkan rancangan Seol Yul yang mengambil alih syarikat seterusnya untuk mewujudkan sistem kawalan syarikat yang bebas daripada didakwa undang-undang, iaitu jenayah kewangan yang sempurna.

Episod 13 mendedahkan bagaimana Seol Yul menggunakan segala taktik mengugut bagi mengelak pekerja bawahan memprotes seterusnya memaksa mereka bersetuju dengan klaus ditetapkan perjanjian syarikat (“unequal treaty”). Hasilnya, pengerusi akan menjanjikan jawatan CEO di TQ Retail jika dia berjaya menyelesaikan permasalahan ini. Tapi, Chief Kim bertindak sebaliknya menggunakan ‘taktik kotor’nya bagi menggagalkan rancangan Seol Yul. Lihat (gambar di bawah) bagaimana Chief Kim ketawa sinis di belakang dinding sambil memerhatikan Seol Yul masuk dalam perangkapnya. Apa taktik kotor yang digunakan? Itu anda kena saksikan episod 13 pada malam ini di cenel KBSW 392.

 

loading...