Cable TV Awards : Goblin dinobatkan Drama Terbaik, manakala Yoo Ji Tae menang Best Actor

Drama [tvN] Goblin sekali lagi mengejutkan peminat kdrama apabila dinobatkan sebagai Best Drama pada malam kemuncak anugerah berkenaan yang berlangsung sebentar tadi menewaskan pesaing terdekat daripada drama kabel lain seperti [Dramax] 1% of Anything, [jtbc] Age of Youth, [tvN] A Good Wife, [tvN] Another Oh Haeyoung, [jtbc] My Wife is Having a Fair, etc.

Episod akhir Goblin yang mencatatkan rating ke-2 tertinggi (di belakang Reply 1988) untuk drama kabel pada tahun lepas telah mencetuskan fenomena luar biasa sehingga nama Gong Yoo dan Lee Dong Wook kian meniti di bibir dalam kalangan peminat-peminatnya di Malaysia. Goblin turut membawa pulang melalui aktor Yook Sung Jae yang memenangi Rising Star dan Ailee menerusi OST bertajuk ,’ I Will Go To You Like The First Snow’.

Untuk pengetahuan anda semua, daripada bancian dilakukan oleh kumpulan Kmania pada dua bulan lepas, Lee Dong Wook dan Gong Yoo masing-masing menduduki tangga teratas undian tertinggi mengatasi populariti Lee Min Ho, Park Seo Joon dan Yoo Yeon Sok. Penangan drama berkenaan sangat hebat dan ianya tak mustahil untuk dinobatkan anugerah kemuncak kategori drama. Goblin akan bertanding untuk dicalonkan dalam 6th CARI Kdrama Awards pada penghujung tahun ini.

Bagi kategori pelakon pula, Yoo Ji Tae melalui watak sebagai pendakwaraya yang licik dan manipulatif dalam[tvN] A Good Wife telah dianugerahkan sebagai Best Actor manakala Kim Ji Suk (raja kejam bernama YeoSangun dalam Rebel Hong Dil Gong) telah dinobatkan sebagai Popular Actor melalui drama Another Oh Hae Young. Pelakon Ye Ji Won pula merangkul anugerah Scene Stealer atas lakonan berkesan sebagai isadora yang gila-gila menerusi Another Oh Hae Young. Kedua-dua mereka turut memenangi Best Couple Award. 1% of Anything memungut anugerah New Media. Untuk anugerah lain, sila rujuk pautan di bawah.

Pengerusi Cable TV Awards kemudian berkata,

“Sejak tahun 2016, program-program tv di bawah kendalian kabel semakin bertambah bukan saja dari segi bilangan, malah semakin bervariasi yang mana sudah cukup untuk menggambarkan trend sosial terkini. Kami akan cuba sedaya updaya untuk meningkatkan lagi pengeluaran penyiaran program-program yang berkualiti untuk membayar balik sokongan diberikan oleh penonton selama ini.”

Sumber: OSEN

loading...