Jo Jung Suk buat cameo kelakar dalam Legend of Blue Sea

Episod 7 Legend of Blue Sea semalam menyaksikan Jo Jung Suk membuat penampilan sebagai duyung jantan. Mereka bertemu pertama kali apabila Jo Jung Suk menarik lengan Sim Chung (Jun Ji Hyun) kembali ke daratan selepas Sim Chung ingin berenang ke lautan semula. Jo Jung Suk memperkenalkan dirinya sebagai duyung jantan yang sudah duduk lama di daratan dan dia sudah jelik dengan segala jenis perangai pelik manusia.

Ditanya kenapa Sim Chung begitu tegar naik ke daratan melupakan dirinya sebagai duyung hidup di daratan, Sim Chung mengatakan dia menunaikan janji seorang lelaki bernama Heo Jeong Jae (Lee Min Ho) untuk menemuinya kembali di Seoul.

Jo Jung Suk:  Kau tengok apa yang aku kumpul sekrang?

Sim Chung: Air mata?

Jo Jung Suk: Ini mutiara. Kalau dijual, sangat berharga.

Sim Chung diingatkan oleh Jo Jung Suk untuk tidak berada lama di daratan kerana jangka had jantungnya mempunyai had sehingga sebulan sahaja. Tapi Sim Chung mengaku hanya dia sahaja menaruh hati pada Jeo Jae bukannya mereka sama-sama jatuh cinta.

Jo Jung Suk: Satu cara nak tau Jeo Jae suka kat kau.

Sim Chung: Camne tu?

Jo Jung Suk: Hanya dengan cemburu ,’Jealousy’ buat kau tau dia suka kau ke tak. (Parodi ini merujuk pada drama SBS Jealousy Incarnate yang bersiaran sebelum drama Legend of Blue Sea)

Mereka mengerahkan air mata menonton drama melo (SBS Master Sun yang dibintangi oleh Gong Hyo Jin, pasangan Jo Jung Suk dalam SBS Jealousy Incarnate) sambil mengumpul mutiara dengan plastik hitam.

Kemudian, mereka melawat Jeo Jae di hadapan rumahnya dan berlagak sepert pasangan yang sudah jatuh cinta. Jeo Jae tidak senang hati (kerana cemburu) lalu menarik Sim Chung ke dalam rumah dan menutup pintu dengan rapat.

loading...