
Daesung Big Bang akui terlepas pandang & mahu tindakan tegas ke atas penyewa bangunannya
Berikutan pendedahan Channel A semalam yang mendakwa bangunannya pernah dijadikan sebagai sarang pelacuran, Daesung Big Bang hari ini mengeluarkan kenyataan balas mengenainya. “Ini Daesung. Saya mahu memohon maaf kerana membuatkan anda bimbang sewaktu saya sedang menjalani khidmat ketenteraan. Bangunan yang dilaporkan di media itu telah saya beli sebelum menyertai khidmat ketenteraan dan masih didaftarkan di…