Lee Kwang Soo “Running Man” terpalit dalam kemalangan sehingga terpaksa jalani pembedahan hari ini

Lee Kwang Soo yang terkenal sebagai ahli tetap program tv realiti bersiri, Running Man dan juga aktif sebagai pelakon, dilaporkan akan menjalani pembedahan hari ini bagi memperbetulkan buku lalinya yang tercedera akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada minggu lepas.

Berdasarkan cakap-cakap daripada sumber dalaman, “Disebabkan kecederaan ini, Lee Kwang Soo tidak boleh menyertai penggambaran ‘Running Man’ untuk sementara. Beliau akan kembali semula selepas kesihatannya pulih sepenuhnya.”

Sementara itu, jurucakap Starship Entertainment turut mengesahkannya, “Ya benar beliau terbabit di dalam kemalangan kecil pada minggu lepas. Macammanapun, kecederaannya tak lah terlalu teruk. Kami akan fokuskan rawatan untuk pemulihan sepenuhnya”

Sumber: ytn news

loading...