Menjelang episode akhir, “Crash Landing on You” terus catat tontonan tertinggi disamping JTBC “Itaewon Class”

Dengan berbaki hanya satu episode yang akan bersiaran hari ini, nampaknya drama tvN “Crash Landing on You”  akhirnya capai rating tontonan tertinggi sepanjang ianya bersiaran.

Pada 15 Februari, episode kedua akhir (Episode 15) drama hit dan popular “Crash Landing on You” telah berjaya mencapai tontonan tertinggi mereka. Menurut data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea, siaran drama tersebut merekodkan purata tontonan diseluruh Korea sebanyak 17.1% dan mencapai 19.2% pada waktu kemuncak, sekaligus catat rekod peribadi terbaik menjelang episode terakhir pada hari ini.

“Crash Landing on You” bukan sahaja menjadi pilihan pertama penonton pada waktu siarannya dikalangan semua rangkaian termasuk siaran rangkaian TV awam, namun ia juga mengambil tempat pertama di kalangan demografi utama penonton yang berusia 20 hingga 49 tahun. Kumpulan umur tersebut berjaya merekodkan purata tontonan pada 11.4% dan meningkat kepada 12.8% pada waktu kemuncak. Selain itu, drama tersebut juga terus menjadi pilihan penonton wanita dikalangan mereka yang berumur 40an, kerana mereka berjaya merekodkan purata tontonan sebanyak 26.1%.

“Itaewon Class” pula nampaknya dah mencuri hati para penontonnya. Drama berkenaan terus mencatat purata peningkatan penonton diseluruh Korea sebanyak 11.6% pada episode semalam. Ia menjadi rating tertinggi drama tersebut sejak ia mula ditayangkan pada 31 Januari lepas.

Drama MBC  “Never Twice” masih mencipta peningkatan apabila episode semalam berjaya rekod purata tontonan sebanyak 13.2%. “Never Twice” kini sedang memasuki segmen keempat siarannya dan masih terus dapat perhatian penonton setianya.

tvN “Crash Landing on You” dan JTBC “Itaewon Class” boleh ditonton menerusi Netflix. Manakala MBC “Never Twice” boleh ditonton menerusi OhK! CH 394, setiap Ahad pada 8.40 malam ataupun menerusi Astro Go.

Sumber : 1 , 23

loading...