Selesai program berjalan, Ong Seung Wu terus memilih drama romantik sebagai projek terbaru di samping Shin Ye Eun

Tak penat lagi berjalan di dalam program jtbc Traveller bersama Kang Ha Neul dan Ahn Jae Dong yang tengah disiarkan sekarang, Ong Seung Wu dilaporkan sedang memilih untuk membintangi drama terbaru jtbc yang bakal menjadi drama keduanya selepas jtbc Moment of Eighteen.

Diberikan judul sebagai “Chances of Going from Friends to Lovers” (secara literal) dan akan mendapatkan khidmat sutradara Choi Sung Bum (“jtbc My ID is Gangnam Beauty”),  ia berkisarkan tentang lelaki dan wanita yang salah faham sebagai sahabat baik selama 10 tahun sehinggalah pada suatu hari mereka disatukan atas dasar cinta. Tiada maklumat lanjut tentang garapan watak yang bakal dipegang oleh kedua-duanya. Hanya Ong Seung Wu dan Shin Ye Eun diberitakan telah ditawarkan untuk melakonkannya.

Selain projek drama ini, Ong Seung Wu akan membuat kemunculan buat pertama kali di layar perak menerusi filem Life is Beautiful bersama-sama Yeom Jung Ah dan Ryu Seung Ryong serta dalam persediaan untuk mengeluarkan album solo pertama-nya sejak berpisah keluar daripada Wanna One.

Sumber: MBN news, OSEN

loading...