Drama muzikal SBS terbaru bakal gandingkan Kim Min Jae & Park Eun Bin bersama?

Setelah kejayaan drama SBS Stove League dan SBS Romanic Doctor, Teacher Kim 2, tampaknya  Park Eun Bin dan Kim Min Jae bukan sekadar anak emas produksi itu semata-mata. Kedua-duanya telah ditawarkan untuk membintangi drama SBS terbaru, ‘Do You Like Brahms?’ (secara literal) dan sedang menimbangkannya dengan baik.

SBS ‘Do You Like Brahms?’ berkisarkan tentang sekelompok pelajar di sekolah muzik terkenal yang gigih berlatih sejak kecil dar usia 3 atau 4 tahun lagi,  untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dengan peranan ibu bapa dan cikgu muzik mereka yang begitu obses dengan perkembangan mereka. Premis drama ini mungkin mengingatkan peminat kdrama pada drama adaptasi Nodame Cantabile ditayangkan di KBS pada beberapa tahun lalu.

Kim Min Jae ditawarkan watak sebagai pemain piano berbakat bernama Park Jun Young. Park Jun Young yang bermula main piano ketika berusia 6 tahun, telah memenangi beberapa pertandingan muzik antarabangsa, malah berjaya menggapai juara gelanggang di negaranya sendiri. Merupakan anak kepada pengusaha restoren yang tiada pengetahuan dalam muzik klasik, Park Jun Young telah dibiayai hidupnya oleh sesebuah organisasi untuk bergelar pemain piano sepenuh masa.

Manakala Park Eun Bin yang pernah tercalon Best Supporting Actress di dalam 6th CARI Kdrama Awards menerusi jtbc Age of Youth 2, pula akan melakonkan watak Chae Song Ah, bekas pelajar perniagaan universiti yang masuk semula sebagai pelajar muzik dalam bidang pembelajaran violin. Setelah gagal empat kali, akhirnya Chae Song Ah mampu bergelar pemain violin namun statusnya sebagai pelajar senior lebih tua tujuh tahun menimbulkan tanda tanya pada rakan-rakan di dalam fakulti muzik.

Pengarah Jo Young Min akan bekerjasama dengan Ryu Bo Ri sebagai penulis skripnya bagi slot tayangan SBS pada Jun 2020 ini.

Sumber: IS Plus

loading...