Yoon Shi Yoon bakal buru pembunuh bersiri berwajah kacak sekali lagi di dalam drama terbaru OCN Train

Yoon Shin Yoon dikatakan telah menerima tawaran untuk membintangi drama OCN terbaru berjudul ‘Train’ di samping Kim Jae Wook yang masih menimbang tawaran diberikan padanya sekian lama dahulu.

Yoon Shi Yoon akan membawakan watak sebagai Seo Do Won, ketua pasukan tiga kumpulan terhebat di kedua-dua belah dunia dua dimensi. OCN Train yang merupakan drama bertema fiksyen suspen, berkisarkan tentang pertembungan seorang pembunuh bersiri dengan seorang lelaki yang kesedihan akibat kematian kekasihnya. Lelaki berkenaan berazam mahu melindungi wanita yang sama dari dimensi berbeza daripada terbunuh sekali lagi. Tiada maklumat lanjut tentang watak apakah bakal dipegang oleh Kim Jae Wook. Sekiranya beliau menerima tawaran drama ini juga, beliau mungkin akan membawakan watak lelaki berkenaan ataupun pembunuh bersiri sekali lagi, yakni lakonan serupa yang pernah memperkenalkan beliau dalam kalangan peminat kdrama di dalam drama OCN Voice sebelum ini,

Yoon Shi Yoon baru saja selesai membintangi tvN Psychopath Diary yang juga dalam genre yang sama di mana dia sendiri terpaksa mencari memburu pembunuh bersiri sebenar yang berselindung setelah dia memegang identiti pembunuh bersiri itu sebaliknya. Manakala, drama terakhir lakonan Kim Jae Wook ialah tvN her Private Life di mana beliau menjadi pengarah muzium seni yang jatuh cinta terhadap seseorang peminat yang obses kepada idola diminatinya.

OCN Train dirancang tayangannya menjelang pertengahan tahun ini.

Sumber: newsen, insight korea

loading...