
Diugut bunuh, Park Jiyeon T-ARA mohon siasatan polis dengan kadar segera
Park Jiyeon memohon siasatan polis terhadap ugutan bunuh dibuat ke atasnya. “Jiyeon menerima ugutan bunuh di Twitter dan Instagram daripada orang tak dikenali. Agensi sedang mengumpulkan bukti dan memohon siasatan polis kerana kami memikirkan tentang keselamatan Jiyeon sekarang,” kata jurucakap agensi Partners Park. “Jiyeon tengah hadapi ketakutan, dan kami akan memastikan mentalnya stabil,” tambahnya lagi….