Ekoran berdepan isu peribadi, Chiwoo tinggalkan kumpulan KINGDOM

Biarpun baru setahun jagung, Chiwoo dilaporkan telah meninggalkan kumpulan KINGDOM kerana masalah peribadi.

Pada 25 Mei, GF Entertainment mengumumkan Chiwoo meninggalkan kumpulan KINGDOM dan menamatkan kontraknya dengan mereka. Label itu dalam kenyataannya menyatakan,

Hello, ini GF Entertainment.

Kami ingin memaklumkan kepada anda, atas sebab yang peribadi, ahli KINGDOM Chiwoo telah menamatkan kontrak eksklusifnya [dengan agensi kami] dan meninggalkan kumpulan.

Kami memohon maaf kerana telah mengejutkan peminat dan orang ramai dengan berita ini. Mulai saat ini, KINGDOM akan dipromosikan dengan sebuah kumpulan yang mempunyai enam orang ahli.

Terima kasih.

Chiwoo membuat debutnya dengan KINGDOM pada Februari tahun lepas. Semoga baik-baik saja buat Chiwoo dan KINGDOM.

Sumber : Naver

loading...