TREASURE umum rancangan ‘comeback’ tanpa Bang Ye Dam dan Mashiho

YG Entertainment telah umumkan rancangan kemunculan semula TREASURE!

Pada 27 Mei, YG Entertainment mengumumkan TREASURE sedang dalam proses mempersiapkan album baharu mereka yang dijangka untuk keluaran pada musim panas. Lagu utama (title track) telah dipilih, dan video muzik akan dilakukan selepas rakaman dan latihan koreografi selesai. Menurut YG Entertainment, mereka memulakan persiapan lebih awal kerana projek besar menanti untuk kumpulan itu sempena sambutan ulang tahun kedua mereka pada bulan Ogos.

Sebelum memulakan jelajah arena Jepun mereka pada penghujung tahun, ada potensi untuk  TREASURE mengadakan konsert tambahan di Korea. TREASURE mengadakan konsert pertama mereka di Korea pada bulan April, tetapi berikutan pandemik COVID-19 dan beberapa syarat yang perlu diikuti, peminat tidak dapat turut serta dengan gembira. Jadi, TREASURE berharap dapat berinteraksi lebih banyak dengan peminat melalui konsert tambahan.

Biarpun gembira dengan berita kemunculan semula TREASURE, kumpulan itu akan dipromosikan dengan 10 orang ahli buat sementara waktu tanpa Bang Ye Dam dan Mashiho. Bang Ye Dam dikatakan akan fokus kepada pengajian muzik untuk melanjutkan kerjayanya sebagai penerbit, manakala Mashiho akan berehat panjang di Jepun bersama keluarganya kerana masalah kesihatan.

YG Entertainment menyatakan, “Kami sentiasa berusaha untuk menyokong perkembangan artis kami, tetapi kami menganggap kesihatan ahli sebagai keutamaan. Kami memutuskan untuk memberi rehat lebih lama untuk kedua-dua ahli selepas perbincangan yang mendalam dengan ahli TREASURE, jadi kami minta pemahaman dan sokongan yang baik daripada peminat.”

Buat Ye Dam dan Mashiho, selamat berehat. Kepada TREASURE kami nantikan ‘comeback’ korang.

Sumber : Newsen

loading...