Jang Nara bakal menamatkan zaman bujang menjelang Jun 2022 ini

Pelakon yang juga merupakan penyanyi idol popular sekian lama dulu, Jang Nara bakal mengahwini seseorang bukan selebriti pada penghujung bulan Jun 2022 ini.

Berita gembira tersebut telah disahkan oleh agensinya dan pengumuman terus dibuat oleh Jang Nara sendiri serentak selepas itu.

“Hari ini, aku nak kongsikan berita gembira. Aku akan berkahwin tak lama lagi. Selepas bercinta selama dua tahun dengan lelaki yang lebih 6 tahun muda daripadaku dan bekerja di dalam bidang pembikinan video, aku memutuskan untuk berkahwin dengannya,” kata Jang Nara seperti yang dipetik daripada laman web rasmi miliknya.

“Rasanya macam semalam saja aku baru ‘debut’ sebagai selebriti, tapi rupanya beberapa tahun sudah berlalu. Terima kasih kerana senantiasa mengambil berat tentangku dan menyokongku selama ini. Aku tetap juga akan mengambil projek yang menarik selepas berkahwin nanti. Minta maaf kerana tidak beritahu awal, ianya dibuat atas permintaan pasanganku sendiri (bukan selebriti) yang mungkin tidak selesa dengannya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Jang Nara yang lahir pada tahun 1981 dan akan berusia 42 tahun menjelang 18 Mei 2022 depan ini sudha pun menyambut ulang-tahun ke-21 pembabitannya di dalam industri seni. Disebabkan wajahnya yang awet muda dan keanak-anakan, beliau acapkali digelar pengamal industri seni sebagai golongan selebriti yang ‘cantik walaupun tidak lagi muda’.

Jang Nara yang memulakan kerjayanya sebagai penyanyi menerusi album ‘Burying Your Face In Tears.’ Sekitar tahun 2001-2004, beliau dikenali sebagai penyanyi idol paling popular di Korea disebabkan beberapa lagu hit seperti ‘Sweet Dream’, ‘Maybe it’s Love’, ‘Confession’, ‘I’m a Woman’ dan ‘April Story’.

Jang Nara kemudiannya ‘berehat’ sepenuhnya di dalam industri nyanyian sebaik saja mencari rentak di dalam bidang lakonan pula. Kejayaan drama SBS The Successful Story of Bride Girl bersama Jang Hyuk dan MBC My Love Patzzi bersama Kim Rae Won telah membuatkan beliau untuk menumpukan bidang lakonan secara serius semenjak tahun 2004 sehinggalah kini.

Antara drama lain yang membuatkan nama Jang Nara masih meniti bibir penonton termasuklah KBS School 2013, My Bratty Princess (produksi China), Unruly Qiao (produksi China), MBC You Are My Destiny (bersama Jang Hyuk sekali lagi), SBS Empress Dignity (drama Jang Nara paling popular sejak lebih sedekad) dan KBS Sell Your Haunted House.

Sumber: sport khans

loading...