[Gempar] BTS akan kembali gegarkan ‘music show’ buat pertama kali sejak tahun 2020

BTS akan menggegarkan pentas ‘music show’ terkemuka di Korea sempena mempromosikan single terbaru mereka, ‘Yet To Come’ yang akan menemui peminat pada 10 Jun 2022 ini.

Keputusan itu dibuat bagi menghargai peminat di Korea yang telah lama menunggu ketibaan mereka di pentas-pentas tersebut semenjak persembahan lagu ‘ON’ yang dibuat pada Februari 2020. Mereka akan membuat persembahan di Mnet M Countdown pada 16 Jun 2022, disusuli oleh KBS2 Music Bank pada hari esoknya dan SBS Inkigayo pada 19 Jun 2022.

Walaubagaimanapun, BTS memutuskan untuk tidak mempromosikan single mereka di MBC Show Music Core. Umum diketahui, hubungan BTS dan pihak produksi MBC masih keruh rentetan daripada perbalahan yang dikatakan berlaku antara Big Hit dan pihak produksi MBC berhubung kejadian di 2018 MBC Gayo Daejejeon.

Mengikut sejarah pembabitan BTS di dalam program ‘music show’ di Korea, kumpulan itu masih menerajui dengan kemenangan sebanyak 152 kali, diikuti oleh TWICE (119 kali), EXO (118 kali), Girl’s Generation (100 kali) dan BIGBANG (100 kali).

BTS dijangka akan mengeluarkan album penuh ‘Proof’ pada 10 Jun 2022 ini menyusuli ‘Be’ yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2020.

Sumber: daum

loading...