TOO tersenggol, ONF diangkat sebagai juara ‘Road To Kingdom’ minggu ini

Kumpulan On & Off merangkul gelaran juara Mnet ‘Road To Kingdom’ pada minggu ini setelah berjaya meraih markah tertinggi di dalam tiga pertandingan diadakan yakni sebanyak 31.890 mata mengatasi pencabar terdekatnya, The Boyz juara dua minggu lepas dengan 30.765 mata saja yang diraih. ONF turut merampas gelaran juara tersebut daripada tangan PENTAGON yang memenanginya pada…

Read More

Walaupun berlumuran dengan cat, Jeongyeon TWICE tetap kelihatan cantik di depan netizen

Jeongyeon berkongsikan beberapa foto kenangannya bersama rakan-rakan TWICE lain menerusi akaun rasmi Twicetagram. Salah satunya ialah gambarnya berlumuran dengan cat mendapat perhatian netizen. Jeongyeon tetap kelihatan cantik dengan rambut kuning berbaur warna-warni cat, lebih-lebih lagi dengan matanya yang menikam hati netizen. Dalam perspektif netizen lain pula, gambar-gambar yang dikongsikan tersebut seolah-olah mengunjurkan maksud tersirat disebalik…

Read More

Agensi rayu netizen tidak lagi buat gangguan seksual terhadap IZ*One sehingga jatuhkan maruah mereka

Off Records Ent. mengeluarkan kenyataan rasmi susulan aduan terhadap gangguan seksual, dibuat oleh syarikat itu pada 25 Mei 2020 lalu. “Pada 25 Mei lalu, kami telah mengadukan perkara ini ke atas pihak berkuasa di atas pencabulan Akta Informasi dan Komunikasi kerana telah menghina IZ*One dengan kenyataan berbaur lucah. Sekali lagi kami membuat aduan pada 8…

Read More

Gandingan Lady Gaga & Blackpink, cipta rekod menakjubkan di dalam Billboard Hot 100, Spotify & Youtube

Portal Billboard mengesahkan lagu ‘Sour Pink’ dendangan Lady Gaga dan Blackpink berjaya menduduki no.33 di dalam carta Billboard Hot 100, sekaligus memahat sejarah sebagai satu-satunya kumpulan kpop perempuan berjaya berbuat demikian dengan tiga lagi single pernah menduduki carta itu sebelum ini iaitu Kill This Love” di posisi No. 41, “DDU-DU DDU-DU” di posisi No. 55,…

Read More

Data Hanteo buktikan album terbaru TWICE hanya raih 332,416 seminggu saja di Korea, bukan 500,000 seperti diwar-warkan sebelum ini

Data Hanteo telah membuktikan jualan album terbaru TWICE, ‘More&More’ hanya mampu meraih sebanyak 332,416 unit seminggu saja di Korea bercanggah dengan kenyataan bahawa album kumpulan itu sudah mencapai jualan melebihi 500,000 unit seperti yang dimaklumkan oleh JYP tempoh hari. Dengan jualan sebanyak ini, TWICE masih belum memintas rekod album ‘Bloom*IZ’ oleh IZ*One yang berjaya memungut…

Read More

4 orang jejaka kacak dari OUI ini berkemungkinan akan ‘debut’ dalam satu kumpulan kpop baru tak lama lagi

Tidak banyak maklumat dapat diceritakan mengenai kumpulan kpop baru yang bakal ditubuhkan oleh OUI Entertainment ini. Baru-baru ini, OUI mengeluarkan teaser OUIBOYS dengan agakan kumpulan baru tersebut bakal dianggotai oleh sekurang-kurangnya enam orang. Dikit demi dikit, kelibat keempat-empat orang jejaka ini diperkenalkan satu-persatu dengan Kim Yo Han, bekas ahli X1 sebagai salah seorang pengemudinya. Tiga…

Read More

[GEMPAR] Lim Young Min disingkirkan keluar dari AB6IX serta-merta

Berikutan kes Lim Young Min ditangkap memandu dalam keadaan memabukkan, penyanyi itu akhirnya terpaksa akur untuk berundur daripada menjadi ahli AB6IX serta-merta. Keputusannya itu disahkan oleh Brand New Music setelah berunding dengan Lim Young Min. “Setelah berbincang dengan Lim Young Min, kami memutuskan untuk melepaskan Lim Young Min hari ini daripada AB6IX kerana menghormati pendiriannya…

Read More

Lagi kumpulan kpop ‘debut’ ketika musim Covid-19, E’Last mahu kuasai dunia dengan jadikan BTS sebagai ‘role model’

Kumpulan kpop baru, E’Last meletakkan penanda aras yang tinggi dengan mahu menguasai dunia setelah membuat persembahan pertunjukan secara atas talian “online showcase” buat pertama kali bagi mempromosikan album ‘debut’ mereka berjudul ‘Day Dream’. Kumpulan ini pernah dijenamakan dengan nama EBOYZ dan telah pun membiasakan penampilan ahli-ahli kumpulan mereka menerusi rancangan realiti tv “EBOYZ Unlock”. Kemudian,…

Read More

Projek solo pertama Eunkwang BTOB dapat sentuhan komposer yang sama pernah bekerja dengan IU sebagai penulis lirik

Eunkwang BTOB atau nama pentas solonya, Seo Eun Kwang akan melancarkan album solo sulung berjudul ‘FoRest: Entrance’ pada hari ini, 8 Jun 2020. Single ‘Nobody Knows’ yang mendapat sentuhan KZ dan Encik Gomdol, komposer yang sama pernah bekerja dengan Brown Eyed Girls dan IU sebagai penulis lirik, akan dikeluarkan serentak dengannya. IU juga akan menyumbang…

Read More

Dianggap kalangan selebriti kpop paling lebar bahunya, Lee Chan Won buktikan saiz Kang Daniel memang 54.6cm

Kang Daniel seakan-akan berpuas hati dengan kelebihan tubuh badan dikurniakan ke atasnya terutamanya berkenaan keluasan lebar bahu yang dimilikinya. Di dalam program bual bicara bersama MBC Omniscient Interfering View disiarkan pada 6 Jun 2020, Lee Chan Won, penyanyi trot begitu kagum dengan kesempurnaan tubuh tabah yang dimiliki oleh Kang Daniel. “Saya memang tahu sangat pasal…

Read More