Tidak berpuas hati JYP menganaktirikannya, Jae Day6 akhirnya mohon maaf kerana semuanya berpunca daripada salah fahamnya

Image may contain: 1 person, text

Park Jae Hyung atau dikenali sebagai Jae, akhirnya membuat permohonan maaf kepada peminat kerana telah mencetuskan kontroversi yang berpunca daripada salah fahamnya terhadap JYP, dalam satu kenyataan dikeluarnya sebentar tadi.

Permohonan maaf itu dilakukan rentetan daripada sangkaan buruknya terhadap JYP kerana menyangka agensi itu telah menganaktirikannya berbanding ahli-ahli Day6 yang lain selama ini. Pada 29 Jun, Jae membalas kenyataan daripada twitter rasmi Day6 dengan berkata, “Kenapa kau tak sambung buat ‘repost’ untuk aku punya Dive?” Pernyataan itu menimbulkan syak wasangka buat peminat Day6 rata-ratanya berikutan kandungan itu juga dikongsikan oleh Dive Studios, di mana lagu dendangan Jae, “How Did I Get Here” sepatutnya dipromosikan bersama.

Pada hari esoknya pula, 30 Jun 2020, Jae meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap JYP sambil memetik kenyataannya semalam, “Sekarang ini aku telah pun membikin podcast, ‘Hwaiting’ yang tersedia di Facebook, malah juga ada kolaborasi bersama dengan 88rising, tapi kenapa tak pernah sekali kau membuat hantaran tentang apa aktiviti aku buat? Malah untuk Youtube, punyalah susah untuk dapatkan kebenaran bagi membuka satu akaun, itu pun sampai merayu-rayu. Aku buat semuanya sendirian dan akhirnya terpaksa tamatkan ‘jaesix’ kerana diberitahu begini, ‘Orang di syarikat tidak suka buat macam ini.’ Tetapi, kenapa ahli-ahli lain boleh saja buat malah siap dengan bantuan pengurus lagi dengan kewangan dan bantuan yang tersedia belaka?”

Kandungan Dive Studios yang dikatakan tidak diulangsiar oleh akuan sosial rasmi Day6.

Luahan Jae Day6 kemudiannya mendapat respon daripada agensinya. “Setelah berbincang dengan Jae, kami sudah menyelesaikan apa yang disangka sebagai salah faham berlaku antara agensi dengan anak buah kami. Kami akan berhati-hati di masa hadapan supaya perkara ini tidak berulang lagi,” kata jurucakap JYP.

Jae Day 6 turut membuat kenyataan berasingan dengan memohon maaf kerana mencetus kontroversi selain memohon netizen tidak menyalahkan ahli-ahli Day6 lain.

Day6 kini sedang berehat daripada segala aktiviti bagi menumpukan kepada kesihatan mental sejak 10 Mei 2020 lalu.

Sumber: herald, star news

loading...