BTS diangkat kumpulan kpop berpasukan paling gemilang untuk pertengahan tahun 2020 dahului Mr.Trot, TWICE & lain-lain

Image may contain: 21 people

BTS dinobatkan sebagai kumpulan kpop berpasukan paling gemilang pada pertengahan tahun 2020 ini mengatasi Mr. Trot, TWICE dan lain-lain.

Di dalam kajian selidik dijalankan pada 5 hingga 29 Jun 2020 di Korea, BTS mendahuluinya dengan 23,194 undian, yakni lebih kurang 52% daripada 44,900 undian ditawarkan. BTS yang dianggotai oleh Nam Joon, Taehyung (V), Yoongi (Suga), Seok Jin, Jimin, Ho Seok (JHope) dan Jungkook, dipuji oleh kebanyakan peminat mereka, ARMY di atas keserasian ditonjolkan di dalam mana-mana penampilan mereka.

Duduk di sebelah kiri: Lim Young Woong yang merupakan juara Mr. Trot, sesuai bergelar ‘Tsumawi’ versi Korea, istilah yang pernah dipopularkan oleh rakyat Malaysia satu ketika dulu dalam menjustifikasikan pengaruh begitu hebat dimiliki oleh penyanyi Mawi selepas memenangi Akademi Fantasia (AF) 3.

 

7 wakil Mr. Trot menyusuli BTS dengan perolehan sebanyak 14,176 undian (dalam lingkungan 32%). Mereka ialah juara program realiti tv yang kini sesuai bergelar ‘Tsumawi’ versi Korea, Lim Young Woong, serta enam finalis lain: Young Tak, Lee Chan won, Kim Ho jung, Kim Hee Jae , Jang Min ho, dan Jung Dong Won. 7 wakil Mr. Trot ini masih mengungguli program hiburan di pertengahan tahun 2020 walaupun program realiti tv itu telah pun berakhir tayangannya.

Mengikuti BTS dan Mr. Trot ialah TWICE (2550 undian), NUEST (1440 undian), SEVENTEEN (1152 undian), Black Pink (564 undian), Oh My Girl (433 undian), IZONE (225 undian), APink (194 undian), ITZY (169 undian), Red Velvet (119 undian), LOONA (92 undian), NCT 127 (90 undian), dan DAY6 (49 undian).

Sumber: moneytoday

loading...