Persembahan ‘debut showcase’ Weeekly terpaksa dibatalkan gara-gara kebakaran teruk berlaku di lokasi kejadian

Image may contain: 7 people, people standing

Kumpulan kpop yang baru, Weeekly yang baru saja mengadakan sidang media promosi ‘debut’ album mereka, ‘We Are’ di Hapjeongdong, Mapo, Seoul tengah hari tadi terpaksa membatalkan persembahan ‘debut showcase’ gara-gara kebakaran teruk berlaku di lokasi berhampiran, Hapjeong Mecenatpolis.

Jurucakap agensi Play M Ent. yang dipetik berkata, ” ‘Debut showcase’ V LIVE Weeekly yang dijadualkan pada hari ini dibatalkan setelah kebakaran di tempat berhampiran memaksa artis dan staf kami keluar daripada bangunan itu serta-merta.”

Kebakaran tersebut yang dikatakan berpunca daripada api merebak daripada restoren, telah menyebabkan dua orang mangsa tercedera sehingga dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Pihak bomba pula berjaya memadamkan api sepenuhnya selepas jam 8.50 malam kemudian.

 

Weeekly yang dibarisi oleh tujuh orang gadis muda: Lee Soojin, Shin Jiyoon, Monday (Kim Ji Min), Park Soeun, Jaehee, Jihan dan Zoa dan telah pun mengeluarkan single debut mereka, ‘Tag Me’ sejak semalam lagi. ‘Tag Me’ ialah hasil gubahan penulis dan pencipta lagu tersohor dari Malaysia iaitu Audi Mok berkerjasama dengan Tysha Tiar serta Code 9.  Mereka juga disebut-sebut sebagai adik-adik junior kepada kumpulan kpop popular, APINK.

https://www.youtube.com/watch?v=Moq0aOiTUOA
.
Sumber: money today

loading...