daus

Admin Kmania

Kang Daniel selesai rakam lagu mungkin untuk album terbaru

Kang Daniel mengemaskini laman instagram-nya dengan mengumumkan bahawa beliau sudah pun selesai merakam lagu berkemungkinan untuk penghasilan album terbaru. Dengan berbekalkan gambar perakam suara, Kang Daniel menulis kapsyen berbunyi, “Rakaman sudah siap.” Single ‘Touching’ merupakan penangan terakhir daripada Kang Daniel sejak memilih untuk mengundurkan diri sepanjang Disember 2019 lalu atas masalah kesihatan yang dihadapinya pada…

Read More

Dikhuatiri terkena jangkitan virus Corona, Chungha kuarantinkan diri keseorangan selepas 2 pekerjanya didapati positif

Chungha mengambil tindakan segera untuk mengasingkan dirinya daripada bersemuka dengan orang lain setelah dua orang pekerja telah didapati positif terkena jangkitan virus Corona. Mereka dikesan terkena jangkitan virus itu selepas menghadiri satu majlis fesyen di Milan, Itali pada 24 Februari 2020 lalu. Bagaimanapun, Chungha telah menjalani ujian pada 1 Mac 2020 dan didapati negatif. Sebagai…

Read More

BTS raih no.1 dalam carta album Billboard 200 untuk 4 kali berturut-turut

Album Map of the Soul: 7 keluaran BTS berjaya mencatat jualan sekitar 422,000 unit dalam minggu pertama, sekaligus meraih no.1 di dalam carta Billboard 200 untuk 4 kali berturut-turut sejak lebih tiga tahun menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat (Bagaimanapun, album BTS World: Original Soundtrack yang dikeluarkan pada Julai 2019 dikategorikan sebagai album runut bunyi hanya menduduki…

Read More

Konon tak tahan lihat Taehyung terlampau seksi, Choi Woo Shik usik kawannya itu terang-terang di instagram

Kawan mana yang tak teruja, begitu juga yang berlaku pada Choi Woo Shik ini. Pelakon filem “Parasite” itu meluahkan rasa terujanya di laman instagram, menantikan buah tangan terbaru daripada Kim Taehyung. Dengan menangkap layar video klip dendangan terbaru BTS berjudul “On”, Choi Woo Shik menulis, “Seksi… Saya tak tahan dah ni.” Pengakuannya itu turut mendapat…

Read More

Kim Go Eun sumbang 100 juta won topeng muka untuk cegah penularan wabak virus Corona

Kim Go Eun telah memberikan sumbangan kira-kira 40,000 topeng muka bernilai sehingga 100 juta won (~RM 0.35 juta) di dalam kempen kelolaan NGO Goodwill Neighboors (badan bukan kerajaan) bagi membasmi penularan wabak virus Corona. Tindakan itu dibuat selepas Kim Go Eun menyedari akan sejumlah keluarga yang berpendapatan rendah atau miskin yang tidak mampu membeli topeng…

Read More

Tak sangka watak Seung Jun dimatikan, Kim Jung Hyun mahu Seung Jun terus hidup & tetap menagih cinta Seo Dan

Kim Jung Hyun telah ditemubual oleh wartawan berkenaan pandangannya terhadap watak lakonannya, Seung Jun di dalam drama tvN Crash Landing On You. Drama tersebut yang berjaya meraih rating tertinggi di cenel tvN sepanjang zaman di Korea berakhir dengan Seung Jun mati terkulai di pangkuan wanita yang disayanginya, Seo Dan. Berceritakan tentang TvN Crash Landing On…

Read More

Diheret isu mahu berkahwin tiba-tiba, SM Entertainment jamin Chen tetap ahli EXO

Tekanan daripada netizen dan sebilangan peminat EXO-L yang mahu mengusir keluar Chen daripada kumpulan EXO, gagal memaksa SM Entertainment untuk menunaikan permintaan mereka. SM Entertainment dalam satu kenyataan sebentar tadi, memberikan jaminan bahawa Chen tetap ahli EXO dan tidak akan dikeluarkan seperti yang dipinta oleh sesetengah netizen. “Sebelum secara rasmi mengumumkan perancangan Chen untuk bernikah,…

Read More

Pelakon lagenda Korea, Hwang Jung Min akan bintangi drama semula, jtbc Hush selepas 8 tahun

Hwang Jung Min, pelakon bergred A di dalam industri perfileman Korea, akan membuat kemunculan semula di dalam drama terbaru jtbc, “Hush” selepas lapan tahun. Kali terakhir drama lakonannya ialah TV Chosun Korean Peninsular. Hwang Jung Min akan melakonkan watak Han Joon Hyuk, seorang wartawan veteran yang memilih kerjaya ini kerana mahu berbuat sesuatu lebih daripada…

Read More

Chen EXO mohon maaf kerana umum mengejut tentang dirinya telah terbuntingkan teman wanita & akan berkahwin tak lama lagi

Chen EXO menulis surat terbuka ditujukan buat peminatnya dan Exol (kelab peminat EXO) secara keseluruhannya di atas pengumuman mengejut tentang statusnya yang sudah memiliki teman wanita dan akan berkahwin tak lama lagi. . “Saya bimbang kerana telah melukakan hati kalian dengan tulisan yang buruk, tapi saya mahu memohon maaf juga buat mereka yang tertunggu selama…

Read More

A.C.E kemurungan selepas diugut dengan racun ‘super glue’, dakwa agensi

Agensi A.C.E, Beat Interactive dalam satu kenyataan hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap cubaan mengugut anak buah-nya dengan serangan fizikal ataupun komentar-komentar yang mendatangkan fitnah. Jurucakap agensi itu dilaporkan berkata, ” Disebabkan peminat begitu risau dengan insiden berlaku pada malam semalam, kami akan jelaskan apa yang terjadi dan tindakan diambil selanjutnya. Pada lebih kurang…

Read More