/Konon tak tahan lihat Taehyung terlampau seksi, Choi Woo Shik usik kawannya itu terang-terang di instagram

Konon tak tahan lihat Taehyung terlampau seksi, Choi Woo Shik usik kawannya itu terang-terang di instagram

Kawan mana yang tak teruja, begitu juga yang berlaku pada Choi Woo Shik ini.

Pelakon filem “Parasite” itu meluahkan rasa terujanya di laman instagram, menantikan buah tangan terbaru daripada Kim Taehyung. Dengan menangkap layar video klip dendangan terbaru BTS berjudul “On”, Choi Woo Shik menulis, “Seksi… Saya tak tahan dah ni.” Pengakuannya itu turut mendapat tanda suka daripada Park Hyung Shik dan lain-lain. Choi Woo Shik, Kim Tae Hyung, Park Hyung Shik dan Park Seo Joon dikenali sering keluar bersama di atas persahabatan yang terjalin antara mereka. Sebelum itu, Park Seo Joon dan Park Hyung Sik juga memuatnaik gambar Taehyung yang lebih kurang sama di instagram mereka sebagai tanda sokongan kepada penyanyi tersebut.

BTS telah melancarkan album terbaru mereka, “Map of The Soul 7” hari ini. Album berikut merupakan kesinambungan pada album terdahulu dengan “On” nyanyian bersama Sia dijadikan single utama.

Sumber: instagram Choi Woo Shik

Komentar

comments

loading...