Kim Go Eun sumbang 100 juta won topeng muka untuk cegah penularan wabak virus Corona

Kim Go Eun telah memberikan sumbangan kira-kira 40,000 topeng muka bernilai sehingga 100 juta won (~RM 0.35 juta) di dalam kempen kelolaan NGO Goodwill Neighboors (badan bukan kerajaan) bagi membasmi penularan wabak virus Corona.

Tindakan itu dibuat selepas Kim Go Eun menyedari akan sejumlah keluarga yang berpendapatan rendah atau miskin yang tidak mampu membeli topeng muka. Menerusi NGO ini, topeng muka akan diagihkandengan keutamaannya akan diberikan pada orang-orang tua dan kanak-kanak.

Sung Joo Hwang, pengarah bahagian pemasaran NGO Goodwill Neighboors berkata, “Saya mahu ucapkan terima kasih pada Kim Go Eun yang telah menyokong kami bagi membantu mereka yang miskin menjalani gaya hidup sihat.” Sebelum ini, Kim Go Eun pernah menyumbang 20 juta won (~RM 70,000) kepada mangsa-mangsa kebakaran hutan di Gangwon.

Kim Go Eun akan membintangi drama terbaru garapan penulis skrip popular Kim Eun Sook (“tvN Goblin”,”KBS Descendants of The Sun”,”SBS Secret Graden”), SBS The King : Monarch of Eternity bersama Woo Do Hwan dan Lee Min Ho.

Sumber: donga

loading...