BTS raih no.1 dalam carta album Billboard 200 untuk 4 kali berturut-turut

Album Map of the Soul: 7 keluaran BTS berjaya mencatat jualan sekitar 422,000 unit dalam minggu pertama, sekaligus meraih no.1 di dalam carta Billboard 200 untuk 4 kali berturut-turut sejak lebih tiga tahun menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat (Bagaimanapun, album BTS World: Original Soundtrack yang dikeluarkan pada Julai 2019 dikategorikan sebagai album runut bunyi hanya menduduki no.26 di dalam carta Billboard 200 ).

Kejayaan itu memastikan penguasaan BTS di Amerika Syarikat dengan menjadi satu-satunya kumpulan band paling laris sejak tahun 2015 lagi di mana album Made in A.M. oleh One Direction telah mencatat jualan sekitar 459,000 unit dalam seminggu. Selain rekod dicapai di Amerika Syarikat, BTS turut memperolehi no.1 di dalam carta album UK. Dalam mempromosikan album ini, BTS mengadakan siri jelajah di beberapa rangkaian tv, antaranya, sesi karaoke bersama James Corden dan persembahan secara langsung di Grand Central Terminal bersama Jimmy Fallon.

Map of the Soul: 7 yang merupakan album studio ke-7 dan kesinambungan kepada album terdahulu, menampilkan “ON” sebagai single pertama. Video klip rasmi “ON” turut mencatat 46.5 juta tontonan, meletakkan kedudukannya pada no.7 tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.

Sumber: BillBoard, UK OfficialChart

loading...