iKON Kembali Dengan FOUREVER WORLD TOUR Di Kuala Lumpur, Ogos Ini

Kumpulan sensasi K-pop global, iKON bakal kembali menemui peminat Malaysia menerusi iKON FOUREVER WORLD TOUR yang dinantikan ramai.

Kali ini, iKON tampil sebagai kumpulan empat ahli dan bakal membuat persembahan buat pertama kali selepas hampir dua tahun — satu momen yang sudah lama ditunggu-tunggu peminat.

Konsert tersebut akan berlangsung di Idea Live Arena pada 22 Ogos 2026 dan menyaksikan JAY, SONG, BOBBY dan CHAN kembali berkongsi pentas selepas menamatkan khidmat ketenteraan wajib masing-masing.

Selepas kejayaan fan concert mereka pada tahun 2024, iKON FOUREVER WORLD TOUR menjadi simbol perjalanan kumpulan itu bersama peminat setia mereka termasuk Malaysia iKONICs.

Jelajah ini juga merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia yang meliputi Asia dan Amerika Selatan. Jelajah tersebut dimulakan dengan dua malam konsert yang berjaya di Jangchung Arena, Seoul, Korea Selatan pada 16 dan 17 Mei lalu, sekali gus membuka tirai kepada siri persembahan global mereka.

Malaysia iKONICs boleh menjangkakan malam penuh tenaga dengan deretan lagu hit seperti LOVE SCENARIO, KILLING ME dan RHYTHM TA yang sememangnya terkenal dengan persembahan live bertenaga serta aura pentas kuat daripada iKON.

BUTIRAN KONSERT

Acara: iKON FOUREVER WORLD TOUR IN MALAYSIA
Tarikh: 22 Ogos 2026
Masa: 7:00 malam
Lokasi: Idea Live Arena

MAKLUMAT TIKET DAN FAEDAH PEMINAT

Jualan tiket akan bermula pada 30 Mei 2026 jam 12:00 tengah hari menerusi platform Megatix.

Pautan pembelian tiket:
https://megatix.asia/events/ikon-fourever-tour-my

Pelan Tempat Duduk dan Harga Tiket

VVIP (Tempat Duduk) – RM798
VIP (Tempat Duduk) – RM698
CAT 1 (Tempat Duduk) – RM658
CAT 2 (Tempat Duduk) – RM538
CAT 3 (Tempat Duduk) – RM458
CAT 4 (Pandangan Terhad) – RM188

Faedah Peminat

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai iKON FOUREVER WORLD TOUR di KUALA LUMPUR, ikuti @amplitudelivesea di Instagram.