Pihak produksi Wanna One disaman kerana disangka menipu netizen berhubung manipulasi undian

Peguam yang mewakili netizen, telah bertindak menyaman pihak produksi rancangan realiti tv ‘Produce 101’ musim kedua yang melahirkan kumpulan kpop, Wanna One di atas penipuan berhubung manipulasi undian. Saman itu difailkan menerusi pejabat pendakwaraya Seoul pada 28 November hari ini.

Bagaimanapun, saman yang difailkan tersebut tidak mempengaruhi aktiviti-aktiviti semasa setiap bekas ahli Wanna One, sebaliknya ianya hanya ditujukan kepada pihak produksi ‘Produce 101’ tersebut bagi mewakili penontonnya yang tertipu akibat manipulasi undian berikut. Wanna One kini telah terbubar dengan masing-masing samada telah pun bergerak secara solo (Kang Daniel, Ong Seung Wu, Park Ji Hoon, Kim Jae Hwan, Lai Kuan Lin dan Yoon Ji Sung), menubuhkan kumpulan sendiri (Lee Dae Hwi, Park Woo Jin dan Bae Jin Young) atau bernaung semula di bawah kumpulan asal mereka (Hwang Min Hyun dan Ha Sung Woon).

Sebelum ini PD Ahn Joon Young membuat pengakuan bahawa beliau turut terlibat dalam pengaturcaraan undian untuk musim pertama, ‘Produce 48’ dan musim ke-2, ‘Produce 101’ selain sedang didakwa di dalam mahkamah kerana melakukannya untuk Produce X 101. Pengakuannya itu telah mencetuskan polemik berpanjangan berikutan daripada sangkaan segelintir netizen bahawa beberapa pelatih yang mendapat manfaat daripada manipulasi undian rancangan itu tidak sepatutnya ‘debut’ sekali di bawah panji ‘Wanna One’. Hasil daripada pendakwaan ke atas mereka, X1 dan IZ*One kini seolah-olah sedang ‘diboikot’ dan berada di ambang pembubaran.

Sumber: sport khan , yonhap news

loading...