Band rock ikonik Korea Selatan, FTISLAND, bakal kembali menggegarkan pentas Kuala Lumpur menerusi 2026 FTISLAND TOUR 0 – XIX – III ‘FaTe’ yang akan berlangsung pada 25 Julai 2026 (Sabtu), jam 5 petang di Zepp Kuala Lumpur.
Kepulangan kali ini turut menandakan tahun ketiga berturut-turut FTISLAND membuat persembahan di Malaysia sejak 2024, sekali gus membuktikan hubungan erat yang terjalin bersama PRIMADONNAS Malaysia. Kehadiran berterusan mereka juga mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi penting dalam jelajah Asia Tenggara.

Menjelang hampir dua dekad sejak debut pada tahun 2007, FTISLAND terus mengekalkan reputasi sebagai antara kumpulan K-Rock paling berpengaruh menerusi persembahan live yang penuh tenaga. Dengan vokal bertenaga Lee Hong Gi serta kekuatan elemen rock ballad yang emosional, FTISLAND kekal menjadi simbol utama persembahan “pure raw live” dalam industri K-rock.
Judul jelajah ‘FaTe’ pula membawa maksud istimewa mengenai hubungan dan perjalanan yang saling berkait antara FTISLAND dan para peminat. Ia menggambarkan ikatan yang terjalin bukan sekadar kebetulan, tetapi sebuah takdir yang menyatukan mereka sepanjang perjalanan muzik ini.
Julai ini, FTISLAND bakal membawa peminat menyelami pengalaman konsert yang lebih misteri dan sofistikated. Dengan elemen visual bercirikan diraja dan celestial, jelajah ini melambangkan evolusi baharu mereka sebagai “Kings of K-Rock”. Band ini dijangka membawa ledakan tenaga luar biasa menerusi pengalaman persembahan secara langsung yang tidak dapat dilupakan di tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Kategori Tiket dan Manfaat Peminat
Tiket akan mula dijual secara eksklusif di my.bookmyshow.com bermula 5 Jun 2026.
Pautan link : https://my.bookmyshow.com/en/events/2026-ftisland-tour-0-xix-iii-fate-in-kuala-lumpur/FTFATE26

VIP Package Standing (RM798)
Pengalaman paling eksklusif termasuk satu tiket Primadonna Standing, akses soundcheck terjamin serta satu set VIP photocard. Peminat juga berpeluang memenangi:
- Sesi foto berkumpulan bersama artis (15 peminat setiap kumpulan)
- Satu polaroid bertandatangan (tandatangan salah seorang ahli dipilih secara rawak)
- Satu poster khas bertandatangan


Primadonna Standing (RM598)
Peminat berpeluang memenangi:
- Akses sesi soundcheck
- Satu polaroid bertandatangan (tandatangan salah seorang ahli dipilih secara rawak)
- Satu poster khas bertandatangan
CAT 1 Standing (RM498) & CAT 2 Seating (RM598)
Kedua-dua kategori menawarkan peluang memenangi polaroid atau poster khas bertandatangan.
CAT 3 Seating (RM398)
Termasuk peluang memenangi poster khas bertandatangan.
*Semua harga tiket tidak termasuk caj tempahan dan transaksi serta tertakluk kepada 8% SST.
Semua pemegang tiket akan menerima satu set photocard edisi khas Kuala Lumpur. Manakala VIP Package pula direka khusus untuk peminat paling setia, menawarkan pengalaman ‘FaTe’ yang lebih intim dan eksklusif sebelum konsert bermula.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Instagram rasmi @o.n_worldwide dan @boomcultureco.


