“Aku sudah penat, nak habiskan cepat” – Saerom fromis_9 dikecam selepas tampil ‘fake’ depan peminat

Saerom, ketua kumpulan fromis_9 berdepan dengan kecaman selepas tidak sengaja meluahkan perasaan yang dialaminya sebelum sesi interaksi bersama peminat bermula.

Pada 11 Feb 2022, Jiheon, Nakyung, Saerom, Hayoung, dan Jisun bertemuramah seperti biasa dengan peminat menerusi VLive. Mereka bagaimanapun tidak menyedari bahawa kamera video sudah dipasangkan terlebih dahulu sebelum masing-masing telah bersedia untuk berbuat demikian.

Ketika Jisun sedang asyik ketawa, Saerom terlepas cakap sesuatu yang menangkap perhatian netizen. “Aku sudah penat, nak habiskan cepat dan balik,” katanya.

Ahli-ahli lain yang baru perasan sesi Vlive sudah pun bermula lalu segera mengucapkan ‘Hello’ kepada peminat. Hayoung pula cuba mendekatkan dirinya ke arah Saerom seolah-olah sedang berbisik sesuatu kepadanya. Dengan nada selamba, Saerom kemudiannya menyebut, ‘dua, tiga’,  menandakan sesi interaksi sudah bermula.

Berikutan tindakan Saerom itu, netizen mempersoalkan samada fromis_9 juga bakal dibubarkan tidak lama lagi. “Jadi, fromis_9 akan terbubar lah ya? HYBE mungkin akan bagi mereka satu album terakhir sebelum bercuti panjang kekekeke,” kata salah seorang netizen. Manakala netizen lain pula berpendapat bahawa Saerom berkemungkinan terlalu penat pada hari itu, dan itu tidak bermakna dia sudah serik untuk berinteraksi dengan peminat.

Setakat ini, agensinya, Pledis Entertainment belum memberikan kenyataan rasmi mereka mengenai isu tersebut.

Sumber: pann nate

loading...